Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Kerajaan Pahang akan terus memantau situasi semasa banjir di negeri ini, sekali gus bersedia untuk menggerakkan segala keperluan untuk kebajikan dan keselamatan rakyat.
Transcript
00:00Sementara itu, Kerajaan Pahang akan terus memantau situasi semasa banjir di negeri itu, sekaligus bersedia untuk menggerakkan segala keperluan dan untuk kebajikan dan keselamatan rakyat.
00:11Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail berkata, keutamaan Kerajaan Negeri dan agensi terbabit ialah keselamatan rakyat, terutama penduduk di kawasan berisiko, selain memastikan operasi pemindahan mereka serta penyampaian bantuan berjalan lancar.
00:26Beliau katanya turut melakukan pemantauan di Pusat Kawalan Bencana Pahang untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan semasa berkaitan banjir dan monsoon timur laut MTL.
00:36Beliau turut meneliti laporan terkini paras air sungai, ramalan cuaca serta tahap kesiapsiagaan agensi-agensi terbabit untuk memastikan tindakan yang pantas dan bersepadu dapat dilaksanakan.
00:49Wan Rosdi turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan tidak mengambil mudah amaran cuaca yang dikeluarkan.
Comments

Recommended