Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pendedahan sumber dana politik berpotensi mengubah landskap integriti negara. Ketiadaan akta khusus menyebabkan kutipan dana terus kabur, sukar dipantau, dan terdedah kepada risiko penyalahgunaan.
Transcript
00:00Penggubalan Akta Perdanaan Politik disifatkan sebagai antara pembaharuan institusi paling kritikal yang mampu menjadi ejen perubahan dalam usaha membanteras rasuah di Malaysia.
00:10Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ideas, Aira Azhari, isu perdanaan politik dilihat memainkan peranan besar dalam ekosistem rasuah kerana ketiadaan kerangka undang-undang yang jelas menyebabkan sumber dana parti dan ahli politik sukar dipantau secara telus.
00:24Saya rasa mungkin sukar untuk akta ini mendapatkan sokongan kerana akta ini akan menuntut parti-parti politik menedahkan sumber dana mereka dan parti-parti politik dan juga ahli politik kena wajib untuk menjadi telus dengan sumber dana mereka dan juga akta ini akan meletakkan had kepada jumlah dana yang boleh dikumpul oleh parti politik.
00:52Jadi praktis yang diamalkan selama ini di mana kita tak ada ketelusan dalam dana politik. Jadi ahli politik boleh mendapatkan duit dari mana-mana sumber dan juga dengan jumlah yang tidak unlimited lah dia punya amount.
01:12Kata beliau, akta pendanaan politik terus dianggap sebagai reformasi penting yang boleh mengubah budaya politik negara, memperkukuk accountability serta menjadi benting awal bagi menghalang rasuah berlaku secara lebih serius dan sistematik.
01:26Kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah CPI 2025 Transparency International bertambah baik apabila naik ke tangga 54 berbanding ke 57 tahun lalu dalam kalangan 182 negara.
01:40Skor Malaysia dalam indeks persepsi rasuah 2025 meningkat sebanyak dua mata pada tahun 2025 menunjukkan peningkatan sederhana tetapi memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
01:50Bagaimanapun, TI Malaysia menekankan bahawa masih terdapat kelemahan besar khususnya dari segi kelajuan dan keperincian reformasi institusi serta perundangan.
02:02TI Malaysia turut menekankan progres ke arah mencapai kedudukan 25 teratas menjelang 2033 masih perlahan dan membimbangkan.
Comments

Recommended