00:00Seorang wanita berusia 24 tahun dan seorang bayi lelaki berusia 3 bulan maut dalam tragedi di kilometer 65 Jalan Sungai Rengit, Kota Tinggi semalam.
00:10Dalam keadaan jam, dalam kejadian jam 7.20 malam, kereta Peradua Beza yang membawa 7 individu bertemu dengan lori dari arah bertentangan mengakibatkan 2 mangsa maut dan beberapa yang lain cedera.
00:22Ketua Polis Zairah, Kota Tinggi Superintenden Yusuf Osman berkata, pemandu Peradua Beza, seorang wanita tempatan berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
00:35Manakala seorang bayi lelaki berusia 3 bulan yang turut berada dalam kenderaan itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di hospital Kota Tinggi.
00:45Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk proses bedah siasat.
00:50Empat lagi penumpang Peradua Beza mengalami pelbagai kecederaan dan sedang dirawat di hospital Kota Tinggi.
00:56Sementara pemandu lori, lelaki berusia 60 tahun, turut cedera dan menerima rawatan di hospital sama.
01:02Kes disiasat di bawah Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan.
Comments