Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar pada Rabu atas pertuduhan membunuh ibu kandung pada 2 Februari lalu.
Transcript
00:00Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Magistret Al-Ustah pada Rabu atas petuduhan membunuh ibu kandung pada 2 Februari lalu.
00:09Tertuduh Amiral Syafiq Syamsul Zahari yang berusia 29 tahun hanya mengangguk faham sebaik petuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Magistret Eliana Ismail.
00:19Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang merupakan anak sulung daripada enam beradik.
00:25Mengikut petuduhan, Amiral Syafiq didakwa membunuh Zerulain Basir 52 tahun di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Benahara Al-Ustah antara pukul 3.15 pagi hingga 8 pagi 2 Februari lalu.
00:39Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati,
00:52hendaklah juga dihukum sebatan minimum 12 kali jika sabit kesalahan.
00:57Pada prosedur itu, Amiral Syafiq yang berada di kandang tertuduh dilihat dalam keadaan tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam makluman,
01:05memaklumkan kepada mahkamah dia memahami pertuduhan tersebut.
01:08Mahkamah kemudian menetapkan 11 Mei ini untuk sebutan semula kes.
01:12Terima kasih.
Comments

Recommended