Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Seramai 21,114 remaja berusia 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin, hamil sepanjang tempoh 2019 hingga 2024.
Transcript
00:00Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga Dato' Sri Nancy Syukri maklumkan seramai 21,114 remaja berusaha 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin hamil sepanjang tempoh 2019 hingga 2024.
00:14Katanya rekod diversibility kerajaan itu adalah berdasarkan data Kementerian Kesihatan KKM.
00:21Menurut beliau, usaha membendung isu berkenaan sudah dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM.
00:29menerusi pelbagai inisiatif, antaranya termasuk membangunkan dasar dan pelan tindakan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial pekerti
00:38di mana ia bematlamat meningkatkan kesedaran semua pihak berkaitan kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat bertanggungjawab dan berdaya tahan.
00:49Nancy berkata di bawah pelan tindakan ini, pembangunan kemahiran berkaitan kesihatan reproduktif yang positif dan selamat ditekankan
00:57sama ada melalui pendidikan formal di sekolah dan tidak formal di luar sekolah.
01:02Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Lama Sesawang Parlimen bagi menjawab soalan Datuk Siti Zailah Muhammad Yusof
01:08berhubung jumlah remaja hamil tanpa nikah mengikut umur, jantina dan bangsa dari 2019 hingga 2025.
01:16Nancy berkata pekerti turut melibatkan tindakan bersepadu pelbagai kementerian,
01:20melalui platform majlis sosial negara termasuk memasukkan program itu sebagai salah satu program di peringkat institusi pengajian tinggi,
01:29meluaskan pelaksanaannya di peringkat komuniti serta mempergiat aktiviti, promosi dan advokasi berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.
01:38selamat menikmati
Comments

Recommended