Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan bahawa isu agama tidak boleh dipolitikkan kerana ia boleh menggugat keharmonian dan perpaduan negara. Baginda bertitah bahawa pembinaan rumah ibadat sama ada kuil, masjid, gereja atau tokong mesti mengikut undang-undang yang sama. Baginda turut mengingatkan pengalaman baginda menyelesaikan isu kuil pada 2018 secara berhemah, selain menekankan pentingnya saling menghormati antara agama. Sultan Ibrahim meminta semua pihak mengelak kenyataan sensitif yang boleh menjejaskan keamanan negara.
Transcript
00:00Yang di-Pertuan Agung Sultan Ibrahim menegaskan isu berkaitan agama tidak wajar dipolitikkan kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara.
00:10Baginda beritah bahawa semua pihak perlu mematuhi undang-undang termasuk dalam hak pembinaan rumah ibadat tanpa mengira agama.
00:17Menurut Baginda, isu pembinaan kuil hendaklah ditangani melalui prosedur dan peraturan yang sama seperti pembinaan masjid, kerja dan tokong.
00:24Sultan Ibrahim mengimbas tindakan Baginda pada 2018 melesaikan isu perobohan kuil di Johor secara berhemah dan berlandaskan undang-undang.
00:36Baginda bertitah bahawa Islam menekankan sikap saling menghormati dan penganut agama lain juga harus menunjukkan perhormatan terhadap Islam demi mengelakkan ketegangan.
00:44Terdahulu Baginda menerima menghadap Menteri Perpaduan Negara, Dato' Aaron Agodagang di Istana Negara dan mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keamanan.
00:56Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended