Skip to playerSkip to main content
Ikan Bakar Sambal dengan sambal pekat melekat elok dengan ikan lembut berjus. Makan panas-panas dengan nasi putih… terus senyap meja. Confirm licin sepinggan.

IKAN BAKAR SAMBAL

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap | dikelar
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil gula melaka | diparut
3-4 sudu besar air
2 sudu besar air asam jawa
Daun pisang
Aluminium foil
2 helai daun daun kunyit | dihiris halus

Bahan Kisar:

10 tangkai cili kering
4 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
½ inci halia
2 batang serai
½ inci kunyit hidup

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #ikanbakarsambal #minitekspress #resepi #resipi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Ikan bakar memang tak pernah gagal pikat selera kita bahawa sambal yang dibakar berbalut daun pisang memang confirm buat perut rasa lapar.
00:07Jadi hari ni jom kita buat ikan bakar sambal.
00:09Mula-mula kita kisah cili kering bersama bawang kecil, bawang putih, halia, serai dan puni hidup hingga halus.
00:17Panaskan kuali, tumis bahan kisah sampai naik bau dan pecah minyak.
00:21Ini kunci sambal tahan lama.
00:23Bila sambal dah masak, perasakan dengan garam, sebut perasa dan gula melaka, gaul sekata.
00:28Masukkan pis asam jawa kemudian kacau hingga sambal jadi pekat dan sebati.
00:32Tambahkan sedikit daun kunyit supaya sambal kita jadi lebih harum.
00:35Ambil aluminium foil dan letakkan daun pisang di atasnya.
00:38Letakkan sedikit sambal di bawah, susun ikan siakap di atasnya dan lumurkan lebihan sambal hingga menutupi ikan.
00:44Untuk resepi ni kita guna ikan siakap yang dikelas supaya sambal meresap sampai ke isi.
00:48Taburkan hirisan daun kunyit untuk aroma wangi yang klasik kemudian balut dengan kemas.
00:58Bakar atas kuali hingga ikan masak sempurna.
01:03Bila dah masak, buka balutan aroma sambal bakar terus naik isi ikan lembut dan sambal melekat cantik.
01:10Inilah ikan bakar sambal.
01:11Ringkas, padu dan memang sedap dimakan panas-panas.
01:15Selamat mencuba.
01:16Ingat makan, ingat rasa.
01:17Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended