Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
Kerjaan Sabah pada Jumaat membentangkan belanjawan negeri 2026 berjumlah RM6.402 bilion, dengan anggaran lebihan sebanyak RM28 juta pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Kota Kinabalu.
Transcript
00:00Kerajaan Sabah pada Jumaat membentangkan belanjawan negeri 2026 berjumlah RM6.402 bilion dengan anggaran lebihan sebanyak RM28 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Kota Kinabalu.
00:14Belanjawan itu dibentangkan timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masih Dimanjun, yang mengangkat tema Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat diutamakan.
00:25Daripada jumlah keseluruhan itu, RM5.202 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM1.2 bilion bagi caruman kepada kumpulan wang pembangunan.
00:39Masih diberkata belanjawan 2026 dirangka bagi mencepatkan perbangunan inklusif, menambah baik kesejahteraan rakyat serta memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
00:50Katanya Kerajaan Negeri menekankan pengurusan fiskal berhemah dan perbelanjaan yang lebih memfokuskan pembangunan.
00:57Kerajaan Negeri mengunjurkan anggaran hasil 2026 berjumlah RM6.430 bilion yang merangkumi hasil cukai RM2.771 bilion, hasil bukan cukai RM2.348 bilion.
01:13Ini termasuk royalti petrolium serta terimaan bukan hasil RM1.311 bilion.
01:21Sebanyak RM1.865 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.
01:26Daripada jumlah itu, RM996.47 juta diagihkan daripada sektor ekonomi, RM345.77 juta untuk sektor sosial, manakala RM125.40 juta bagi pentadbiran amt.
01:43Masih diterumaklumkan jurang perbelanjaan antara mengurus dan pembangunan berjaya dikurangkan daripada 86% pada 2024 kepada 78% pada 2026.
01:57Persidangan kemudian ditangguhkan Speaker Dunsabah, Datuk Seri Kazim Yahya dan akan bersambung easter ini 15 Disember bagi sesi perbahasan belanjawan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended