Capital A Bhd dan Standard Chartered Bank Malaysia Bhd akan bersama-sama meneroka pembangunan dan pengujian stablecoin denominasi ringgit melalui Hab Inovasi Aset Digital (DAIH) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM).
00:00Capital A Berhad dan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad akan bersama-sama meneroka pembangunan dan pengujian stablecoin di nominasi ringgit melalui hub inovasi aset digital di bawah Bank Negara Malaysia BNM.
00:13Dalam kenyataan bersama, Capital A dan Standard Chartered menjelaskan kedua-dua pihak telah menandatangani surat hasrat LOI.
00:20Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandez berkata langkah itu menandakan tindakan penting pertama Capital A dalam aset digital dikawal selia dengan memanfaatkan infrastruktur, institusi Standard Chartered serta ekosistem luas Capital A untuk membangunkan penggunaan aset digital borong.
00:41Menurutnya, stablecoin, denominasi ringgit yang dibangunkan menerusi kepakaran Standard Chartered dan diuji di bawah DAIH BNM itu boleh memanfaatkan potensi sebenar operasi perniagaannya.
00:56Beliau berkata perkara itu akan merangkumi penyelesaian masa sebenar, pengurusan perbendaharan lebih baik dan aliran boleh atur cara yang akhirnya meningkatkan Capital A dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
01:12Capital A sebagai syarikat penerbangan dan digital pelbagai platform boleh menawarkan penggunaan praktikal dan berimpak tinggi pada skala besar kepada rakyat Malaysia dan rantau ASEAN.
01:24Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekretif Standard Chartered Malaysia, Mark Junin pula berkata, inisiatif itu membolehkan pihaknya mengembangkan kepakaran dalam ekosistem aset digital yang berkembang pesat,
01:39selain menyokong produk berkaitan aset digital sekaligus menyediakan jaminan yang diperlukan oleh institusi koperat.
01:47Ketua Pegawai Eksekretif Standard Chartered Malaysia, Mark Junin pula berkaitan aset digital sekaligus menyediakan jaminan yang diperlukan oleh institusi koperat.
Be the first to comment