Skip to playerSkip to main content
  • 22 minutes ago
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat enam peratus tahun ke tahun pada Oktober 2025, mengekalkan momentum positif dalam kesemua sektor.
Transcript
00:00Niagawan ini dimulakan dengan laporan berikut. Indeks pengeluaran perindustrian IPP meningkat 6% tahun ke tahun pada Oktober 2025 mengekalkan momentum positif dalam kesemua sektor.
00:10Ketua Perangkawan Datuk Seri Muhammad Uzir Mahidin berkata IPP mencatatkan pertumbuhan 6.0% pada Oktober 2025 berbanding 5.7% pada September 2025.
00:21Pertumbuhan output dalam sektor pembuatan mendahului dengan peningkatan sebanyak 6.5% berbanding 5.0% diikuti kenaikan 5.8% dalam pengeluaran sektor perlombongan September 2025 10.2%.
00:40Selain itu, sektor elektrik bertumbuh 1.2% September 2025 2.8%.
00:48Ia berkata untuk perbandingan dengan bulan sebelumnya, IPP meningkat semula kepada 2.1% berbanding negatif 0.02% yang direkodkan pada September 2025.
01:02Pengeluaran sektor pembuatan pada Oktober dipacu terutamanya oleh pertumbuhan industri berorientasikan ekspor sebanyak 7.2% meningkat daripada 4.8% pada bulan sebelumnya.
01:15Kenaikan ketara ini dapat dilihat terutamanya oleh pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal yang melonjak pada keadaan lebih pantas iaitu 14.2% dan diikuti oleh subsektor pembuatan minyak dan lemak daripada sayuran serta haiwan yang terus mengukuh sebanyak 12.9%.
01:35Prestasi industri berorientasikan ekspor ini adalah selari dengan pertumbuhan 9.2% dalam prestasi ekspor barangan perkilangan negara pada Oktober 2025.
01:48Muhammad Uzi berkata industri berorientasikan domestik bertumbuh sederhana sebanyak 4.9% berbanding peningkatan 5.3% yang dicatatakan pada September 2025.
01:59Bagi prestasi untuk tempoh Januari-Oktober 2025, IPP bertumbuh pada kadar lebih sederhana iaitu 3.4% berbanding 3.7% pada tempoh yang sama tahun lepas.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended