Skip to playerSkip to main content
  • 26 minutes ago
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersedia untuk mempertimbangkan cadangan penyerahan semula MyKad pemilik yang mempunyai dua kewarganegaraan secara sukarela tanpa mengenakan sebarang tindakan.
Transcript
00:00Laporan berikutnya, Jabatan Pendaftaran Negara JPN bersedia untuk mempertimbangkan cadangan penyerahan semula MyCard pemilik yang mempunyai dua kewarganegaraan secara sukarela tanpa mengenakan sebarang tindakan.
00:13Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias berkata pendekatan itu mungkin boleh dilaksanakan untuk melihat sejauh mana kesediaan pemilik kad pengenalan dui warganegara untuk tampil membuat pilihan kerakyatan mereka.
00:26Saya ingat idea itu pun boleh kita pertimbangkan. Mungkin juga kita cuba tengok setakat mana respon apabila kita offer.
00:38Dia sebenarnya tindakan kita hanya untuk pelucutan, bukan tindakan dari segi undang-undang lain tidak ada.
00:45Tindakan kita apabila mendapati individu yang mempunyai kewarganegaraan selain daripada keluarga Malaysia, tindakan kita adalah membuat pelucutan.
00:56pelucutan itu dia bukan ada tangkap atau apa. Kita bawa kepada komiti kita yang dipengusikan oleh hakim yang dilantik dan kita lucuk je lah kewarganegaraan dia.
01:11itu tapi dalam keadaan itu pun mereka boleh memilih sama ada nak mengekalkan contoh kita ambil warganegara Thailand ataupun dia nak remain ataupun nak lepas warganegara Malaysia.
01:26dah terpulang sebab waktu offer itu tetap. Cuma kita tak nak kalau dia nak pegang warganegara Malaysia ataupun make up Malaysia, dia tak boleh ada yang lain.
01:37Itu je. Tapi tetap ada pilihan. Dia tak ada mandatori. Tak ada. Tetap ada pilihan.
01:42Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata kerajaan tidak mengiktiraf pemilikan lebih daripada satu kewarganegaraan dan tindakan pelucutan terhadap status warganegara boleh diambil jika terbukti bersalah.
01:57JPN juga tidak mempunyai rekod atau maklumat tentang mereka yang mempunyai dua warganegara.
02:02Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri menegaskan dasar kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf pemilikan lebih daripada satu kewarganegaraan dengan tindakan pelucutan terhadap status warganegara boleh diambil jika terbukti bersalah.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended