Skip to playerSkip to main content
  • 27 minutes ago
Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey, satu projek strategik yang penting untuk memperkukuh keupayaan ekonomi dan kedudukan negara dalam sektor pelabuhan dan logistik.
Transcript
00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi berkaitan untuk bergerak pantas dalam merealisasikan pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Kelang di Pulau Kering.
00:10Menerusi satu kenyataan di Facebook, Perdana Menteri berkaitan projek itu perlu menjadi model baharu pelaksanaan pembangunan negara yang lebih cekap, tersusun dan berintegriti.
00:19Bagaimanapun, Anwar mengingatkan dalam melaksanakan pembangunan itu, kepentingan orang asli, penduduk setempat, nelayan serta kelestarian ekosistem akan terus dipelihara.
00:30Perdana Menteri menegaskan pembangunan negara mesti berjalan seiring dengan keadilan sosial dan tanggungjawab terhadap alam.
00:36Sebelum itu, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Kelang di Pulau Kering.
00:41Ia satu projek strategik yang penting untuk memperkukuh keupayaan ekonomi dan kedudukan negara dalam sektor pelabuhan dan logistik bila berkaitan projek berkenaan telah lama dirancang dan tidak wajar lagi ditangguhkan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended