Klinik perubatan estetik yang dibangunka anak tempatan, Idealyst, terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri estetik negara apabila meraih Anugerah Pencapaian Terbaik NCTF 2025 di peringkat antarabangsa, baru-baru ini
00:00Klinik perubatan estetik yang dibangunkan anak tempatan Idealist terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri estetik negara apabila meraih anugerah pencapaian terbaik New Cellular Treatment Factor NCTF 2025 di peringkat antarabangsa.
00:14NCTF yang dibangunkan di Perancis merupakan jenama penjagaan kulit anti penuaan popular yang mengandungi 60 nutrien paling penting untuk meningkatkan kesihatan sel kulit.
00:24Ketua Pegawai Eksekutif Idealist Dr. Fazina Mottar berkata penghargaan dalam kategori kosmetik bebas itu membuktikan kemampuan bukan sahaja Idealist.
00:36Bala anak tempatan mampu bersaing dalam pasaran bernilai tinggi dan memberi syarat positif terhadap pertumbuhan jenama dalam sektor estetik yang semakin kompetitif.
00:46Menurutnya pengiktirafan itu adalah selaras dengan komitmen Idealist untuk menjadi peneraju industri melalui rangkaian pusat premium selain menawarkan produk dan rawatan berkualiti pada harga mampu milik.
00:59Beliau berkata anugerah itu turut mengukuhkan imej Idealist sebagai jenama estetik bumi putera yang mampu bersaing setanding penyedia antarabangsa sekaligus meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap rawatan yang ditawarkan.
01:12Dikenali sebagai penggalak kulit berkualiti, suntikan NCTF-135HA sering digabungkan dengan rawatan laser PICO atau radiofrekuensi micro-needling bagi mencapai kesan anti-penuaan yang lebih optimum.
01:29Trend rawatan itu menunjukkan permintaan tinggi dalam kalangan pengguna berusia 25 hingga 45 tahun.
01:35Menurut Fazlina, Idealist sentiasa menumbukkan inovasi dan teknologi terkini bagi memastikan setiap rawatan memenuhi keperluan pelanggan modern yang lebih peka terhadap nilai serta keberkesanan rawatan estetik.
01:49Beliau turut menegaskan bahawa stigma rawatan estetik hanya untuk golongan yang berada perlu dihapuskan memandangkan Idealist menawarkan pelbagai pakej asas dan premium mengikut bajet masing-masing.
Be the first to comment