Skip to playerSkip to main content
  • 16 minutes ago
Pertempuran terbaharu di sempadan Thailand–Kemboja mengorbankan 15 tentera, mencederakan ratusan serta memaksa lebih 263,000 penduduk berlindung di pusat pemindahan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, pusingan terbaru pertempuran antara Thailand dan Kemboja telah mengorbankan 15 anggota tentera Thailand, manakala 270 yang lain cedera.
00:09Menurut juru cakap Kementerian Pertahanan Thailand, Surasan Kongsiri, Thailand telah menubuhkan 970 pusat pelindungan sementara yang kini menempatkan 263,105 orang.
00:21Beliau memaklumkan jumlah kematian dalam kalangan orang awam Thailand meningkat kepada 7 orang.
00:27Sementara itu, tentera darat diraja Thailand RTA dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata Kemboja telah melancarkan serangan yang menyasarkan kawasan awam di wilayah Si Sakat, Thailand menyebabkan 2 orang cedera parah.
00:40Serangan itu berlaku ketika penduduk tempatan sedang bergegas ke pusat pelindungan sejurus selepas mendengar amaran serangan udara menurut kenyataan yang dimuat naik di media sosial.
00:49RTA mengecam keras tindakan ketenteraan Kemboja itu.
00:53Pihak Kemboja setakat ini belum memberikan sebarang maklum balas.
00:56Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Dalam Negeri Kemboja mengumumkan dalam satu kenyataan media pada Sabtu bahawa semua lintasan sempadan dengan Thailand akan digantung sehingga diberitahu kelak.
01:07Kenyataan itu memaklumkan langkah tersebut diambil selepas pihak Thailand didakwa melakukan tindakan pencerobohan terhadap kedaulatan Kemboja
01:14melalui serangan rambang yang mengakibatkan korban orang awam serta kerosakan kawasan perumahan dan infrastruktur.
01:22Subungan itu, warga negara Kemboja yang kini tinggal dan bekerja di Thailand dinasihatkan untuk meneruskan kehidupan dan pekerjaan seperti biasa.
01:29Begitu juga rakyat Thailand yang sedang tinggal dan bekerja di Kemboja dinasihatkan untuk kekal di negara itu seperti biasa sehingga gencatan senjata dilaksanakan menurut kenyataan berkenaan.
01:39Konflik sempadan Kemboja, Thailand tercetus pada 7 Disember apabila kedua-dua pihak saling menuduh antara satu sama lain sebagai pihak yang melepaskan tembakan terlebih dahulu.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended