Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
MAIK jelaskan zakat pendapatan wajib bagi individu bekerja jika pendapatan tahunan melebihi nisab sekitar RM30,000, dengan dua kaedah pengiraan termasuk tolakan perbelanjaan asas.
Transcript
00:00Zakat pendapatan atau zakat penggajian di Malaysia telah diputuskan sebagai wajib ke atas individu yang bekerja dan memenuhi syarat selaras dengan keputusan muzakarah jawatan kuasa fatwa Kebangsaan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam MKI sejak 1997.
00:16Menurut Ketua Pegawai Zakat Majlis Agama Islam Kelantan MAI, Ustaz Amir Azizi, Tuan Abdullah, kewajiban zakat pendapatan ditentukan berdasarkan jumlah pendapatan tahunan bukan pendapatan bulanan yang melebihi para senisab ditetapkan negeri masing-masing dianggarkan sekitar RM29,376 hingga RM30,000 setahun.
00:39Beliau memberi contoh sekiranya seseorang yang memperoleh gaji RM3,000 sebulan akan menerima pendapatan tahunan sebanyak RM36,000 sekaligus melepasi paras nisab dan tertakluk kepada kewajiban zakat namun masih diberi ruang untuk membuat penolakan perbelanjaan asas yang dibenarkan.
00:56Bila kita sebut tentang zakat pendapatan atau sebahagian dalam fatwa disebut zakat penggajian, untuk Malaysia kita sudah ada keputusan muzakarah fatwa ataupun muzakarah MKI, kebangsaan pada tahun 1997 lagi menyatakan sesiapa yang bekerja, dia cukup syarat dia maka wajib keluarkan zakat penggajian atau pendapatan.
01:17Maksudnya apa? Dia kena bekerja gaji setahun, bukan gaji sebulan tau. Gaji setahun melebihi nisab. Kalau tadi saya sebut RM30,000 atau RM29,376 terpulang pada negeri masing-masing.
01:29Maksudnya RM30,000 secara mudah kita round up. Jadi siapa yang bekerja katakanlah duit dia RM3,000 sebulan. Darap dengan RM12, RM36,000. Lebih nisab tak? Lebih. Tetapi masih lagi ada peluang untuk kita buat penolakan.
01:45Bagaimanapun, beliau menjelaskan kaedah kedua menggunakan penolakan perbelanjaan asas seperti tanggungan isteri, anak-anak, perbelanjaan kesihatan dan keperluan asas lain seperti mana konsep tolakkan dalam sistem e-filing cukai pendapatan.
01:58Beliau turut bergaskan kewajiban zakat pendapatan tidak terhad kepada pekerja bergaji tetap, sebaliknya turut melibatkan individu bekerja sendiri, pekerja bebas atau freelancer, usahawan, pengasas syarikat serta mereka yang bekerja dari rumah atau secara dalam talian.
02:12Sebenarnya itu, beliau mengingatkan semua individu yang mempunyai sumber pendapatan supaya membuat pengiraan tahunan dengan teliti dan merujuk pihak berkuasa zakat negeri bagi memastikan kewajiban zakat dilaksanakan dengan tepat dan berlandaskan ketetapan syarat.
02:25Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended