Skip to playerSkip to main content
  • 55 minutes ago
WHO lapor 10 kematian di Gaza akibat hujan lebat, dengan amaran risiko penyakit berjangkit meningkat kerana cuaca buruk dan kekurangan bekalan asas.
Transcript
00:00Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO pada Sabtu memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 10 orang di semenanjung Gaza meninggal dunia dalam tempoh 24 jam
00:08akibat hujan lebat ketika ribuan keluarga berlindung di dalam kemah dengan pelindungan amat terhad terhadap musim sejuk.
00:16Ketua pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebeyesus, memberi amaran kemungkinan berlakunya peningkatan jangkitan penafasan akut termasuk influenza selain hepatitis dan penyakit cirit-birit.
00:27Ia dicetuskan perdedahan berterusan kepada cuaca buruk, bekalan air dan sanitasi yang tidak mencukupi serta keadaan tempat tinggal yang sesak.
00:36Beliau berkata WHO terus berdepan halangan dalam usaha menghantar rejen makmal dan peralatan diagnostik ke Gaza.
00:43Beliau turut memaklumkan bahawa banyak bekalan dinafikan kemasukan selepas diklasifikasikan sebagai barangan dui guna.
00:49Tedros menyeru kemasukan segera bambahan penting berkenaan dengan menegaskan ia kritikal bagi pengesanan awal, tindak balas dan rawatan tepat pada masanya terhadap penduduk yang berdepan risiko penularan penyakit di wilayah itu.
01:03Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended