Kementerian PETRA sedang perincikan laporan kerosakan banjir untuk tentukan keutamaan pemulihan infrastruktur kritikal seperti jambatan dan saliran di seluruh negara.
00:00Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air atau PETRA kini dalam proses memperincikan senarai negeri yang terjejas banjir di seluruh negara termasuk tahap kerusakan serta keutamaan kerja pemulihan infrastruktur berkaitan yang perlu disegirakan.
00:14Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Muhammad Nasim, negeri terjejas banjir telah diminta mengemukakan laporan lengkap melibatkan kos kerugian dan kerusakan infrastruktur itu bagi membolehkan penilaian menyeluruh dibuat sebelum tindakan susulan dilaksanakan.
00:31Beliau berkata kementerian itu akan menentukan keutamaan berdasarkan tahap kemusnahan serta keperluan mendesak pada peringkat komuniti di negeri-negeri terjejas dengan bencana itu.
00:41Antara fokus utama ketika ini jelasnya ialah kerja-kerja kecemasan yang memberi kesal langsung kepada kehidupan masyarakat setempat khususnya melibatkan infrastruktur kritikal seperti jambatan dan sistem saliran.
00:52Akmal Nasrullah ketika mengulang situasi di Peralis berkata, kementerian itu melalui Jabatan Pengairan dan Saliran JPS telah mengenalpasti beberapa kerusakan termasuk tiga jambatan di bawah seliaan jabatan itu yang runtuh selain kerusakan pintu air dan kemudahan berkaitan.
Be the first to comment