Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Gabenor Washington, Bob Ferguson, memberi amaran bahawa penduduk negeri itu bakal berdepan tempoh sukar susulan banjir berterusan akibat ribut atmospheric river. Paras air Sungai Skagit meningkat dengan ketara, mencetuskan kebimbangan kegagalan benteng banjir, sementara Pengawal Kebangsaan membantu operasi pemindahan di beberapa kawasan terjejas.
Transcript
00:00Gabenel Washington, Bob Ferguson memberi amaran bahawa negeri itu bakal berdepan minggu dan bulan yang mencabar susulan banjir berterusan yang menenggelamkan beberapa kawasan utama.
00:11Dalam kenyataannya pada Sabtu, Ferguson berkata hujan lebat berpanjangan akan memberi kesan besar kepada komuniti setempat.
00:18Amaran itu dikeluarkan ketika penduduk dan pasukan kecemasan di beberapa bandar di sepanjang Sungai Skagit di barat negeri Washington bersiap sedia menghadapi kemungkinan kegagalan benting banjir susulan paras air sungai yang meningkat secara mendadak.
00:35Pengawal Persekutuan turut digerakkan bagi membantu operasi pemindahan penduduk selepas beberapa hari hujan lebat melanda wilayah Pasifik Northwest.
00:43Menurut pihak berkuasa, hujan berterusan itu berpunca daripada siri Reboot Atmosferic River iaitu aliran lembapan padat dari lautan yang bergerak ke daratan yang melanda Pasifik Northwest termasuk sebagian utara Idaho dan barat Montana.
00:58Kadaan cuaca melampau itu dijangka berterusan dan pihak berkuasa menasihatkan penduduk di kawasan berisiko tinggi supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pemindahan jika diperlukan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended