Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
KPM akan memansuhkan SPL mulai tahun depan bagi mengurangkan beban tugas guru dan menjaga kebajikan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan KPM
00:30Guru ini harus ditangani secara berterusan
00:32Jelasnya SPL KPM sering menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam kalangan warga pendidik
00:38kerana dianggap boleh mengganggu fokus mereka terhadap tugas hakiki di dalam bilik darjah
00:43Fadlina berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan sekolah baru 20 bilik darjah
00:49asrama dan kemudahan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
00:52seberang perai tengah di SMKA Syekh Tahir Jalaluddin, Bukit Mertajam pada Ahad
00:57SPL adalah portal dalam talian untuk guru dan pegawai KPM menguruskan maklumat latihan profesional
01:03merikod kredit pembangunan profesional CPD serta mengakses kursus dalam talian dan mendapatkan sijil digital
01:10Selain itu, ia turut berperanan sebagai pusat sehenti untuk pembelajaran kendiri
01:15dan pembangunan kerjaya dalam sektor pendidikan bagi menggantikan sistem lama
01:19seperti ESPLG atau SPLG
01:23Setiap guru disasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 5 hari berkursus
01:27dan mengumpul 42 mata kredit setiap tahun melalui platform ini
01:31Sebab itu saya sebut tadi dalam soal kita melihat tahun kehadapan
01:39kita mahu guru kita memberikan tumpuan yang secara penuh dalam kelas
01:45dan khususnya untuk memberikan tumpuan kepada isu-isu kurikulum baru dan juga pelan penggunaan baru
01:51Jadi SPLKPM ini kita hapuskan dengan hasrat untuk terus memberikan keyakinan
01:57dan juga sebagai usaha konsisten untuk terus mengurangkan beban guru
Be the first to comment
Add your comment

Recommended