Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Setiausaha Agung PBB, António Guterres, memuji komitmen rakyat Iraq dalam membina sebuah negara aman dan inklusif ketika bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia’ al-Sudani di Baghdad. Beliau menyatakan keyakinan terhadap proses pembentukan kerajaan pasca pilihan raya, menekankan kepentingan kestabilan, dialog nasional, usaha mengekang keganasan serta peranan berterusan PBB di Iraq walaupun UNAMI bakal ditutup.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Setiausaha agung Pertumbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Antonio Guterres memuji keteguhan rakyat Irak yang terus komited membina sebuah masyarakat aman dan inklusif
00:09berasaskan kedaulatan undang-undang serta institusi yang berkesan meskipun berdepan pelbagai cabaran.
00:14Berucap dalam satu kenyataan media di Baghdad pada Sabtu, Guterres berkata rakyat Irak tidak pernah goyah dalam usaha membina masa depan negara yang stabil dan progresif ketika beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Irak Mohamed Shia Al-Sudani.
00:30Guterres turut mengucapkan taniah kepada Irak susulan pilihan raya terbaharu dan menyatakan keyakinan terhadap institusi negara itu untuk memastikan proses pembentukan kerajaan dapat dilaksanakan secara tepat pada masanya dan aman selari dengan kehendak serta aspirasi rakyat.
00:46Beliau berkata PBB menaruh harapan agar kerajaan baharu Irak dapat meneruskan usaha membina keyakinan dan kesabilan dalam kalangan semua komuniti di samping kekal berwaspada terhadap ancaman keganasan.
00:58Dalam masa yang sama beliau menekankan kepentingan dialog berterusan dan konstruktif antara kerajaan persekutuan dan kerajaan wilayah Kurgistan.
01:06Setiausaha agung PBB itu turut menyambut baik usaha Irak membawa pulang warganya dari timur laut Syria khususnya dari Kem Al-Hol dengan kira-kira 17,000 individu telah dipulangkan setakat ini.
01:17Namun, beliau menegaskan masih banyak yang perlu dilakukan bagi memastikan proses pemulangan dan penyepaduan semula dilaksanakan secara bermaruah.
01:27Dalam pertemuan itu, Guterres dan Perdana Menteri Irak turut membincangkan situasi di Gaza dengan beliau menekankan bahawa gencatan senjata mesti dihormati dan sebarang perjanjian damai perlu dipertahankan.
01:36Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended