00:00Sebanyak 30 buah rumah tidak kekal di perkampungan atas air musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran besar yang berlaku lewat malam tadi di kampung Sri Aman, Lorong Jit 4, Jalan Apas.
00:11Menurut Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia, JBPM Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.23 malam dan jendera pertama tiba di lokasi kira-kira 9 minit kemudian.
00:22Komanda Operasi PBK-1 Suhezin Sahak berkata kebakaran melibatkan struktur rumah papan dan kayu yang terbakar 100%.
00:30Katanya operasi pemadaman dijalankan secara berperingkat menggunakan kaedah pemadaman pertama, kedua dan ketiga dengan bantuan beberapa aliran pancutan air serta sumber air terbuka dari laut.
00:42Bagi memastikan bekalan air mencukupi sepanjang operasi, pasukan bomba turut menggunakan pump angkut dan sistem relay air daripada jendera Fire Rescue Tender FRT serta water tanker.
00:54Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menghalang api daripada merebak ke kawasan berhampiran sekaligus menyelamatkan kira-kira 300 buah rumah lain di sekitar lokasi kejadian.
01:04Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.44 tengah malam dan operasi ditamatkan pada jam 3.10 pagi selepas pemeriksaan keselamatan dilakukan bagi memastikan tiada risiko bahaya susulan.
01:17Seramai 24 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi ini melibatkan balai bomba dan penyelamat tawau, kunak serta bomba komuniti kampung Titingan.
01:25Operasi turut mendapat bantuan daripada Polis Diraja Malaysia PDRM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM, Sabah Electricity dan Jabatan Air.
Be the first to comment