Skip to playerSkip to main content
Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Selasa atas dua pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi kepentingan dua anak kandungnya.

​Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769183/berita/semasa/exco-terengganu-hanafiah-mat-didakwa-guna-kedudukan-bagi-kepentingan-dua-anak

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #ExcoTerengganu #HanafiahMat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Exco Infrastruktur Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu,
00:05Datuk Hanafiah Mat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kuala Terengganu pada Selasa
00:10atas dua pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya bagi kepentingan dua anak kandungnya.
00:16Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan keatasnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustafa.
00:23Mengikut pertuduhan pertama, Hanafiah didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pegawai badan awam
00:29iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pengerusi Pangkalan Bekalan Kemaman SDNBH PBKSB
00:37untuk mendapatkan suapan bagi anak kandungnya, Muhammad Najmi Hanafiah.
00:43Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 15 Ogos 2018 di Pejabat EPIK Berhad Tingkat 2
00:49Bangunan NXA Pangkalan Bekalan Kemaman Teluk Kalung.
00:53Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang mempunyai dua isteri dan 13 anak didakwa melakukan kesalahan serupa
01:01untuk mendapatkan suapan bagi seorang lagi anak kandungnya, Ahmad Kamil Hanafiah, pada 18 Jun 2020 di lokasi yang sama.
01:10Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan di bawah Seksyen 23, Kurungan 1 Akta SPRM 2009, Akta 694
01:20dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24, Kurungan 1 Akta yang sama.
01:25Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun
01:31dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih
01:40tinggi.
01:41Mahkamah kemudiannya membenarkan Hanafiah diikat jamin sebanyak RM30,000 dan mengenakan syarat tambahan
01:48iaitu tertuduh perlu melaporkan diri ke Pejabat SPRM Terengganu setiap bulan selewat-lewatnya pada 5 hari bulan sehingga kes selesai.
01:57Bagaimanapun, mahkamah tidak mengarahkan pasport tertuduh diserahkan
02:01namun pihak pendakwaan boleh mengemukakan permohonan mengambil pasport
02:06sekiranya tertuduh gagal hadir ke mahkamah pada mana-mana tarikh perbicaraan.
02:11Mahkamah menetapkan 12 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Comments

Recommended