- 4 days ago
Memasuki tahun ketiga pentadbiran Kerajaan Madani, keperluan untuk menilai semula gerak kerja prestasi keseluruhan jemaah menteri bukan sekadar merombak kabinet kerana wujud kekosongan?
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya Nazrikaha, ini Agenda Awani.
00:11Desas-desus tentang rumpakan kabinet semakin kuat kerana sudah lama beberapa kekosongan dalam jawatan menteri di kabinet Malaysia ini masih belum diisi.
00:23dan Perdana Menteri terpaksa mengambil alih ataupun memberi beberapa tugas baru kepada menteri yang sedia ada untuk memangku sementara rombakan berlaku ataupun calon baru akan diberi mandat sebagai menteri kabinet.
00:39Begitu juga kita melihat memasuki Desember ini, Kerajaan Madani ataupun Kerajaan Perpaduan sudah memasuki usia 3 tahun.
00:48bagaimana pencapaiannya, adakah apa juga agenda yang dilakarkan dalam agenda reformasi madani ataupun ekonomi madani dan juga Kerajaan Perpaduan terlaksana ataupun masih dalam proses untuk dilaksanakan atau banyak perkara yang masih tertangguh.
01:07Begitu juga dari sudut kepuas hatian rakyat kepada Kerajaan Madani ini, adakah mereka merasai apa juga reform terutamanya ekonomi madani dan pelan-pelan ekonomi yang sudah pun dibentangkan termasuk RMK13 dan juga Belanjawan 2025 dan 2026 dirasai di lapangan.
01:26Jadi itu yang akan kita bincangkan, dua perkara penting, pemerintahan 3 tahun madani dan juga ura-ura rembakan kabinet dalam masa yang terdekat.
01:34Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, rakan saya, penanalisis politik dan juga konsultan kanan Asia Global Consulting dan juga Izofi Hadi Kamilan, pengarah eksekutif Institut Reformasi Politik dan juga Demokrasi ataupun Reform.
01:50Izofi dan juga Dr. Zaharuddin Assalamualaikum, apa khabar?
01:56Ya, dengar cerita Dr. Zaharuddin berada di Kota Baru, betul?
02:00Ya, saya berada di Kota Baru sekarang.
02:02Ok, Dr. Zaharuddin, apabila berada di kedai-kedai nasi kerabu, nasi kukus, sambil-sambil mengetih di Kota Baru itu, apa yang dikongsikan oleh rakyat kebanyakan,
02:16terutamanya walaupun berada jauh di Kota Baru itu, bandaraya Islam yang dikatakan yang diangkat oleh kerajaan ke Rantan.
02:25Tetapi apabila berbicara tentang prestasi kerajaan madani, apa yang seringkali diangkat apabila Dr. Zaharuddin turun ke Padang ataupun berjumpa dengan rakyat di bawah sana?
02:35Terima kasih Haji. Soalan ini agak menarik kerana benda ini adalah satu benda yang mana saya selalu alami dan betul ketika berada di kedai-kedai kopi,
02:45persoalan yang sering diutarakan ialah siapakah wakil kerajaan Kelantan di dalam kabinet?
02:52Maknanya ketika ini kita tak nampak siapa-siapa pun di dalam kabinet ini adalah orang-orang yang mempunyai perkaitan dengan negeri Kelantan itu sendiri.
03:02Jadi bila tidak ada orang dalam Kelantan, dalam kabinet itu, persoalan yang sering timbul ialah siapa yang membawa agenda Kelantan ataupun permasalahan yang ada di dalam Kelantan ini ke dalam kabinet?
03:14Jadi satu yang agak menarik juga dan kadang-kadang terfikir juga, boleh ataupun tidak dalam kabinet yang terbaru yang akan tercetus tidak lama lagi ini,
03:26kita memperlbagaikan dan menolak tentang sentimen-sentimen kepatian itu terutamanya dan sentimen-sentimen lain dan kita harus memikirkan tentang unity seperti mana maksud unity yang sebenar-benarnya.
03:43Itu muka dirimah kita pada hari ini, Encik.
03:46Izofi, dari pemerhatian dan juga observasi izofi dan reform, tiga tahun kerajaan Madani, adakah kalau report card itu ia lulus ataupun mencapai kepuasan yang tertentu ataupun ia masih berada di bawah 50% pandangan reform?
04:03Terima kasih Tuan Haji. Pada pandangan reform, prestasi kerajaan Madani lulus tetapi tidak cemerlang ataupun baiklah Tuan Haji sebab saya rasa ada lagi banyak ruang yang boleh ditambah baik khususnya berhubung kait dengan reformasi institusi.
04:23Walaupun ada pelbagai pembentangan ataupun rang undang-undang seperti akta, perkhidmatan parlimen dan pelbagai rang undang-undang lain,
04:34kita juga mengharapkan beberapa rang undang-undang lain juga akan dibawa masuk seperti rang undang-undang pendanaan politik,
04:41political financing yang telah lama diharapkan oleh kumpulan masyarakat sivil di Malaysia.
04:47Bagi Izuwafi, dari aspek penyampaian kepada reformasi Madani dan juga konsep polisi-polisi besar seperti ekonomi Madani,
04:59transformasi tenaga, rancangan Malaysia ke-13, begitu juga ekonomi digital, adakah ia dapat dirasai oleh rakyat di bawah sana
05:11ataupun rakyat masih melihat bread and butter isu STR, isu SARA, Budi Madani dan juga penyasaran subsidi itu yang rakyat begitu dekat berbanding polisi-polisi besar
05:26yang sepatutnya kita fikirkan juga kerana ia memberikan kekuatan fiskal kepada kerajaan untuk berbelanja kepada rakyat.
05:33Betul, betul. Kalau kita lihatkan rakyat lebih mirip untuk mendengar SARA, berhubungan, bantuan terus langsung kepada yang diikmati, yang boleh dirasai kepada rakyat.
05:47Dan jarang sekali sama ada kita boleh fikirkan sama ada adakah ia kegagalan di peringkat menteri-menteri untuk menyampaikan
05:58polisi-polisi kerajaan ini menggunakan bahasa yang mudah, menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh rakyat.
06:05Saya kira ini adalah persoalan penting. Adakah ia persoalan sama ada ia disebabkan kegagalan menteri ataupun ia adalah kegagalan jentera kerajaan
06:15seperti Jacob untuk memberi kefahaman yang lebih mudah berhubung dengan polisi-polisi kerajaan ini supaya ia dapat dirasai ataupun difahami oleh rakyat di bawah.
06:27Ya, itu saya tanya Dr. Zahruddin.
06:30Dari sudut komunikasi, seringkali kita angkat kegagalan polisi yang baik, dasar yang baik, tetapi rakyat masih mendebatkan, rakyat memberi komen yang negatif dan sebagainya.
06:41Tetapi rakyat begitu teruja apabila pengumuman SARA, penambahan peruntukan STR, penyasaran subsidi buni madani dan banyak perkara-perkara seperti bantuan awal persekolahan dan sebagainya.
06:56Betul, rakyat memang ingin perkara-perkara tersebut, tetapi rakyat tidak sedar tanpa ada perbelanjaan yang lebih di pihak kerajaan iaitu kekuatan fiskal yang dijimatkan melalui penyasaran subsidi,
07:11lawan rasuah ataupun hal-hal bocor berkaitan dengan kartel dan sebagainya.
07:17Rakyat tak bincang perkara itu. Rakyat mahu apa yang kami dapat yang menyebabkan kerajaan ini sentiasa berada di tengah-tengah.
07:23Macam mana lagi nak memuaskan hati rakyat? Pandangan Dr. Zahruddin.
07:27Betul. Dilema ini kalau siapa pun kita akan terasa. Kalau kita sebagai orang tua pun, kalau anak mengkritik kita, kita tetap terasa.
07:35Walaupun apa yang kita berikan kepada anak itu adalah yang secukup-cukupnya atau selebih-lebihnya yang kita boleh berikan kepada si anak.
07:43Jadi apakah masalah utama sekarang ini? Saya rasa masalah utama betul, Haji kata, untuk menyelesaikan masalah ekonomi, kita memerlukan pada kekuatan ekonomi, kekuatan fiskal kita.
07:54Jadi pada masa yang sama, kita memerlukan kepada pelabur-pelabur untuk datang.
08:00Macam mana pelabur-pelabur untuk datang? Pastinya pelabur akan datang jika situasi politik, suasana, kedamaian negara itu tercapai.
08:09Barulah mereka itu percaya dan mereka itu akan datang dan meletakkan duit itu ke negara kita.
08:14Dengan adanya duit mereka itu akan menyebabkan kita boleh menjana pendapatan, adanya pekerjaan baru, boleh adanya import-export dan menjamin kekuatan kewangan negara kita.
08:25Tapi pada masa yang sama, saya setuju juga. Rakyat juga memerlukan sesuatu yang mana mereka terus dapat first hand.
08:33Tanpa memerlukan orang kata, kita nak selesaikan masalah besar, barulah kita boleh dapat sesuatu kepada rakyat.
08:39Tak, rakyat juga memerlukan sesuatu yang segera. Perkara yang dipanggil jangka pendek Haji.
08:45Jadi berkenangan Sarah dan sebagainya betul, rakyat perlukan tetapi adakah ia yang diperlukan oleh rakyat?
08:51Itu persoalan yang utama. Kita patah balik, adakah kerajaan memberikan secukupnya kepada rakyat?
08:58Saya rasa yang pertama, saya bersetuju juga bahawa sehingga peruntukan yang diberikan itu ada pelbagai.
09:05sasaran juga ada pelbagai. Tetapi masalahnya berapa ramai di antara kita yang mengetahui perkara itu ada,
09:13peruntukan itu ada dan mereka mendapat peruntukan tersebut.
09:17Saya bersetuju dengan anak murid saya Hadi tadi mengatakan bahawa sehingga penyampaian itu tak sampai.
09:23Jadi kalau penyampaian itu tidak sampai, kita sering sebut perkataan bahawa sehingga kita JAKOM gagal, JAKOM gagal, JAKOM gagal.
09:32Tetapi pada masa yang sama, kita lupa kita ada Jabatan Penderangan.
09:35Pada masa yang sama, kita di setiap kementerian juga ada stride core masing-masing.
09:40Apakah peranan mereka?
09:42Kalau kita nak meletakkan kesalahan itu 100% kepada menteri,
09:45bagaimana pula dengan pentadbiran ini mereka-mereka yang agen-agen pelaksana ini?
09:52Di manakah KPI mereka?
09:54Saya kadang-kadang tertanya-tanya juga.
09:56Kalau kita pergi, Haji baru ini kita di Sabah, kita pergi ke bawah, kita tanya adakah mereka tahu bahawa sehingga ada bantuan ini,
10:04ada peruntukan ini, kenapa tak mohon, kenapa tak minta.
10:07Saya rasa Haji juga mendapat pengalaman yang sama.
10:10Kebanyakan daripada mereka mengatakan mereka tidak tahu.
10:13Jadi apabila mereka tidak tahu, saya akan meletakkan kesalahan itu adalah kepada wakil rakyat.
10:19Kerana wakil rakyat gagal untuk turun ke bawah dan memaklumkan bahawasanya bantuan-bantuan ini ada.
10:27Tetapi dalam kepala wakil-wakil rakyat kita ketika ini ialah peruntukan yang harus diberikan kepada wakil rakyat itu tiada.
10:35Itu dua perkara berbeza je.
10:37Apa yang kerajaan berikan kepada rakyat itu adalah sesuatu yang memang telah ada nyata.
10:43Yang perlu dibuat ialah sekarang ialah wakil rakyat mencari siapa yang patut diberikan bantuan ini.
10:49Tampak lagi pada proses bahawasanya rakyat harus pergi ke pejabat-pejabat kerajaan dan untuk mendapatkannya.
10:55Di mana database ini?
10:57Adakah selama lima tahun menjadi wakil rakyat masih tidak tahu siapakah itu miskin tegar?
11:02Masih lagi tidak tahu siapakah mempunyai anak ramai?
11:05Masih lagi tidak tahu siapakah yang baru kehilangan kerja?
11:08Masih lagi tidak tahu siapakah yang masuk hospital?
11:11Jadi bagaimana konsep ini kalau kita gagal untuk selesaikan daripada peringkat awal
11:16di mana data-data tentang pengundi juga kita tidak mengetahui
11:20bagaimana kita nak menyelesaikan masalah secara menyeluruh.
11:23Kerana itu saya menekankan pemilihan wakil rakyat adalah sesuatu yang cukup penting.
11:28Kalau wakil rakyat itu adalah seorang yang tidak cakna, tidak mengetahui dan tidak tahu apa yang kerajaan buat
11:33juga satu masalah.
11:35Tapi harus diingat juga ada juga wakil-wakil rakyat yang di sebelah mangkang
11:39minta maaf saya katakan sini
11:40sememangnya tidak nak menceritakan perkara ini
11:43dan memburukkan dan mengatakan
11:44eh benda ini tak adalah saya nak bagi bantuan pun tak adalah
11:47kerajaan pun tak bagi apa-apa.
11:49Sedangkan perkara itu ada.
11:51Jadi di sini dah menjadi titik tolak persoalan kita sekarang
11:55bagaimana untuk rakyat untuk mengetahui perkara itu ada itu nombor satu
11:59bagaimana untuk rakyat mendapat hak mereka itu nombor dua
12:03dan nombor tiganya bagaimana untuk rakyat atau siapa saja mengetahui bahawa
12:09sehingga dia berhak untuk mendapat sesuatu daripada kerajaan.
12:21Izzofi, saya melihat ini isu dari sudut komunikasi penyampaian di lapangan
12:34apabila saya berada di Sabah untuk pelaraya Sabah baru-baru ini
12:38betul apa yang Dr. Zarudin katakan
12:40kita maklum bahawa peruntukan untuk agensi-agensi akar umpih
12:44seperti KKW melalui MARA-nya
12:47kalau melalui Kementerian Kuskop
12:52ada Kementerian Usahawan, ada Tekun di situ
12:55ada Amanat Ekhtiar Malaysia di situ
12:58kalau dari sudut TIVET
13:00pendidikan meretasi ada 12 kementerian
13:03yang melihat isu berkaitan dengan TIVET
13:05yang macam-macam lah TIVET yang paling bawah
13:08hinggalah TIVET paling maju
13:09ada sahaja peruntukan
13:10dan bertambah saban tahun di bawah pemerintahan Madani
13:13tetapi apabila kita ke lapangan
13:16benda itu seolah-olah satu benda yang besar
13:19yang mereka tidak maklum
13:20ataupun tidak tahu
13:21sedangkan kita di Kuala Lumpur
13:23mungkin kita anggap
13:24eh kenapa benda ini tak sampai
13:26macam untuk memandirikan
13:28wanita-wanita di luar bandar
13:31ada Tekunnya
13:33ada MARA-nya
13:35ada Kuskopnya
13:35ada Amanat Ekhtiar
13:37dan daripada pinjaman RM1,000
13:39hinggalah pinjaman RM20,000
13:40tetapi ia tidak sampai
13:42jadi nak katakan
13:43eh belum cerita pasal
13:45MA63 itu yang besar-besar
13:47tetapi benda yang dah ada
13:49peruntukan dah ada pun
13:50tetapi tidak dilayani secara baik oleh
13:53di peringkat akar umbi itu
13:55izopi adakah ini
13:56itu satu-satu cabaran sebenarnya
13:59polisi yang baik
14:00peruntukan yang sudahpun disediakan
14:02tetapi penyampaian di bawah
14:04masih bergelut
14:06dah hujung tahun pun
14:07mereka masih tak tahu
14:08oh ada eh MARA menyediakan ini
14:10oh ada Amanat Ekhtiar sediakan ini
14:12pandangan izopi
14:13betul Tuan Haji
14:15saya rasa ini adalah satu masalah
14:17yang berhubung kait dengan
14:19dasar kerajaan
14:20pengimplementasian dasar kerajaan
14:22kita sering menghadapi
14:23berhadapan
14:25bila bercerita dengan dasar kerajaan
14:27mungkin di atas kertas
14:28sesebuah dasar kerajaan itu baik
14:30tetapi apabila diimplementasikan
14:32dan apabila sampai
14:34untuk disampaikan
14:36kepada rakyat
14:38ia tidak sampai
14:39dan ia tidak dijelaskan dengan baik
14:42dan kaedah penyampaian
14:44ataupun medium penyampaian
14:45mungkin juga bermasalah
14:46saya rasa kita perlukan
14:48dekat sini
14:49saya rasa
14:49saya boleh menyatakan
14:52parlimen mungkin boleh mainkan peranan
14:54saya rasa jawatan kuasa
14:56pilihan khas
14:56mungkin perlu ambil
14:58satu tindakan tegas
14:59untuk oversight
14:59untuk menyemak
15:01mengapa masalah ini berlaku
15:03mengapa komunikasi
15:05kita bercerita tentang
15:07negara kita yang telah mencapai
15:08kemerdekaan lebih 60 tahun
15:09ada dasar kerajaan yang
15:11RMK 13
15:12ketika ini
15:13RMK ke-13
15:14maknanya setiap 5 tahun
15:15kita dah buat
15:16dasar yang begitu baik
15:18tetapi
15:18di antara dasar-dasar ini
15:20tidak
15:20banyak dasar ini
15:22diketahui oleh rakyat
15:23saya rasa
15:24apabila jawatan kuasa
15:25pilihan khas
15:26ditubuhkan
15:27menyemak balik
15:29struktur
15:30dan juga fungsi
15:31sesebuah institusi
15:34agensi kerajaan
15:35dan juga kementerian
15:36maka ia juga
15:37boleh menyemak
15:38kaedah
15:39medium penyampaian
15:41komunikasi yang terbaik
15:42untuk kita sampaikan
15:43dasar ini
15:44dan bantuan-bantuan ini
15:45kepada rakyat
15:46dengan cara yang
15:46boleh dilaksanakan
15:48dengan cara yang
15:48tersusun
15:49dan lebih sistematik
15:50Dr. Zahruddin
15:51adakah ini
15:52satu cabaran
15:53apabila
15:54ini sejak 2018
15:56kerajaan
15:57bertukar ganti
15:58dan formula
15:59kerajaan
16:00dominant itu
16:01hampir menjadi khayalan
16:02dan kita rasa
16:03kita akan lihat
16:04formula koalisi
16:06kerajaan
16:07yang bercampur ini
16:08ataupun kerajaan
16:09pepaduan
16:09apa juga namanya
16:10akan menjadi
16:11suatu norm
16:12Malaysia
16:13tidak ada parti
16:13yang dominant
16:14kalau kita nak
16:15melihat balik
16:16kekuatan
16:17BN UMNO
16:17Bersama Nasional
16:18pada
16:18tiga dekad
16:20lalu
16:20ataupun dua
16:21dekad lalu
16:21ini cabarannya
16:23kalau dahulu kita
16:24sinonim lah
16:24kalau di bawah itu
16:25ada kemasnya
16:27ada marahnya
16:28ada JKK
16:29dan sebagainya
16:30tetapi apabila
16:31kerajaan
16:31perpaduan ini
16:32seolah-olah
16:33di dalam kabinet
16:34dan juga kementerian
16:35mereka wait and see
16:36kalau kita buat
16:37lebih-lebih pun
16:38esok lusa
16:39kerajaan ini
16:40bertukar
16:40menteri bertukar
16:42dan apabila
16:43itu tidak dianggap
16:44sebagai satu benda
16:45yang priority
16:45sebab itu
16:47saya rasa
16:47penyampaian
16:48komunikasi
16:49ada masalah
16:50di lapangan
16:50adakah ini
16:51wajar dilihat
16:52oleh kerajaan
16:53perpaduan
16:53apabila memasuki
16:55tahun keempat
16:55mereka memerintah
16:56saya agak
16:58bersetuju di sini
16:59kerana mentaliti
17:00mereka-mereka
17:01yang diberi tanggungjawab
17:03ini
17:03mempunyai mentaliti
17:04politik
17:05kerana
17:06mereka juga
17:07dilantik
17:07berdasarkan oleh
17:08perlibatan mereka
17:10dalam politik
17:11ini akan menyebabkan
17:12satu stigma
17:13yang baru
17:13dalam masyarakat
17:14bahawasanya
17:14aku menolong
17:15aku masuk dalam politik
17:17aku mendapat jantung dalam politik
17:18dan pastinya
17:19aku menolong
17:19mereka-mereka
17:20yang dalam
17:21sealiran dengan diriku
17:22ini akan menjadi
17:23persoalan yang cukup besar
17:25kerana itu
17:25saya cukup
17:26tidak bersetuju
17:27apabila jawatan-jawatan
17:29yang sememangnya
17:30kepada rakyat
17:31yang memang
17:32sememang-memangnya
17:33bantuan itu harus
17:34kepada rakyat
17:34janganlah ditakbir
17:36oleh orang-orang politik
17:37biarlah mereka
17:39yang tidak punya
17:40kepentingan dalam politik
17:41itu duduk di situ
17:43biarlah perkara-perkara
17:44yang melibatkan
17:45dasar dan polisi
17:46itu dilakukan oleh
17:47orang politik
17:48tetapi
17:49perencanaan
17:50perlaksanaan ini
17:51dilaksanakan oleh
17:52orang-orang yang neutral
17:53kerana orang-orang neutral
17:54sahaja yang tidak
17:55mempunyai kepentingan politik
17:56yang tidak akan
17:57merasakan bahawa
17:58sehanya
17:58tiada lagi mereka
18:00maka aku tiadalah
18:01lagi diriku
18:02jadi perkara-perkara ini
18:03harus yang kita lihat
18:04saya setuju dengan
18:05saudara Zafai Hadi
18:06bahawa sehanya
18:06jatuh kuasa melihat
18:07harus lihat
18:08adakah kita
18:09nak lagi
18:10melantik mereka-mereka
18:12dalam status
18:13kontrak politik ini
18:14kalau status
18:15kontrak politik ini
18:17akan menyebabkan
18:18bebanan kepada
18:19rakyat
18:19harus difikirkan kembali
18:21betul kadang-kadang
18:22orang-orang politik
18:23nak menjaga
18:24mereka-mereka
18:25yang sealiran
18:26dengan mereka
18:27tetapi harus diingat
18:29adakah kita perlu
18:30menjaga
18:30segelintir orang
18:31ataupun kita harus
18:32menjaga majoriti
18:33masyarakat
18:34yang mendambarkan
18:36kepada
18:36keperluan
18:37ataupun bantuan
18:38daripada kerajaan ini
18:39jadi kerana itulah
18:41saya agak
18:42skeptikal
18:42apabila mengatakan
18:44bahawasanya
18:44dia ada
18:46peruntukan kerajaan
18:47tidak ada
18:48apa
18:49bantuan kerajaan
18:50kerana kalau kita
18:51lihat
18:51kita pun boleh
18:52bersetuju di sini
18:53A to Z
18:55banyak benda
18:56dan boleh dikatakan
18:58hampir semua
18:59perkara
19:00mempunyai
19:01peruntukan
19:01ataupun bantuan
19:02kerajaan
19:03kepada rakyat
19:04tetapi
19:05persoalan yang timbul
19:06sekarang
19:06kenapa
19:07segelintir yang dapat
19:09dan persoalan yang kedua
19:10yang ditimbulkan
19:11kalau segelintir yang dapat
19:13itu kenapa
19:14tidak diwawarkan
19:15kepada orang yang lain
19:16yang nombor tiganya
19:17kenapa
19:18orang yang lain
19:20tidak tahu langsung
19:21tentang perkara ini
19:22jadi
19:23mungkin kita pusing
19:24balik kepada
19:25persoalan kita
19:26adakah
19:26disebabkan oleh
19:28kaedah penyampaian
19:30kita gagal
19:31ataupun
19:32memang medium
19:33kita punya
19:34istilah saya
19:35landing page
19:36landing page
19:37yang disediakan oleh
19:38kerajaan ini
19:38tiada
19:39ataupun mungkin
19:40kita perlu kepada
19:41konsep
19:42buddhist 65
19:43maksudnya
19:44di sini kita nak
19:45ambil minyak
19:45kita letak
19:46IC kita
19:47maka kita pasti
19:48bahawa sebenarnya
19:48kita dapat
19:49peruntukkan tersebut
19:50kenapa kita tak
19:51buat satu sistem
19:52bahawa sebenarnya
19:52kalau lah kita
19:53kita letak
19:54nombor IC kita
19:55dengan kita punya
19:56kita orang kata
19:58data kita dah
19:58otomatik
19:59di situ
19:59di satu sistem
20:00itu mengeluarkan
20:01anda layak
20:02untuk mendapat
20:03beasiswa
20:04pinjaman pelajaran
20:05anda layak
20:06untuk mendapat
20:07bantuan
20:08perniagaan
20:09anda layak
20:10untuk dapat
20:10insuran
20:11kesihatan
20:12kerajaan
20:12ini yang kita
20:13nak-nak
20:14jadi sekarang ni
20:15kita tak ada pun
20:15satu dipanggil
20:16landing page
20:17yang mana
20:18bahawa sebenarnya
20:18rakyat boleh tahu
20:19apa yang
20:21yang dia boleh dapat
20:22jadi seolah-olah
20:23mereka ni
20:24kalau mencari sesuatu
20:25tercari-cari
20:26itu masalah
20:27ya
20:28Iswafi
20:29ini yang kita
20:30ingin lihat
20:30pastinya
20:31rombakan kabinet
20:32yang dikatakan
20:33akan berlaku
20:33dalam masa yang terdekat
20:34walau apa pun
20:36yang dikatakan
20:36Perdana Menteri kata
20:37hanya akan
20:38memenuhkan
20:39kota yang kosong
20:41ataupun
20:41kursi-kursi
20:43kabinet yang
20:44dikosongkan
20:45tidak ada
20:45rombakan besar
20:46dan sebagainya
20:47tetapi
20:47sebagai
20:48pemahati
20:49reform
20:50mengapa ini
20:51amat penting
20:51apatah lagi
20:52memasuki
20:532026
20:54memasuki
20:542027
20:55ini akan
20:56menjadi kabinet
20:57pilihan raya
20:58PMX dan juga
20:59kerajaan madani
21:00pandangan
21:00Isofi
21:01Tuan Haji
21:02saya bersetuju
21:03kalau ini adalah
21:04peluang terbaik
21:05selepas 3 tahun
21:06kerajaan
21:07madani
21:08dibentuk
21:09ini adalah
21:10peluang terbaik
21:10untuk
21:11menilai semula
21:12gerak kerja
21:14yang telah dilakukan
21:15pada
21:16daripada tahun pertama
21:17kedua ketiga
21:18kalau ia adalah
21:18kita bandingkan
21:19ia adalah
21:20baby kecil
21:21bayi kecil
21:22ia sudah bertatih
21:23patutnya
21:23anak kecil yang sudah bertatih
21:24jadi patutnya
21:25peluang ini diambil
21:27bukan saja untuk
21:27merombak kepada
21:28empat
21:29kementerian
21:30ataupun kerusi
21:31menteri yang kosong
21:32tetapi ia harus
21:33menilai keseluruhan
21:35gerak kerja
21:36dan juga
21:37menteri
21:37timbalan menteri
21:38yang
21:39kurang
21:40menunjukkan
21:41potensi
21:41yang cemerlang
21:43kalau Tuan Haji kata
21:45ini juga
21:46sepatutnya penilaian
21:47dibuat sebagai
21:48membentuk
21:49sebuah kabinet
21:50menuju
21:51peluang raya
21:52umum ke-16
21:53ia nampak politik
21:54memang tetapi
21:54pada masa yang sama
21:55rakyat bukan mahu
21:57itu
21:58tapi rakyat mahu
21:59supaya
21:59polisi-polisi
22:00dan juga
22:01bantuan-bantuan
22:02yang diberikan itu
22:04maknanya menteri
22:05betul-betul bekerja
22:06dan betul-betul
22:07dapat berkhidmat
22:08kepada rakyat
22:09saya rasa itu
22:09penilaian daripada rakyat
22:11sebab itulah
22:12penilaian ini
22:14bukan saja penilaian
22:15untuk menuju
22:16PRU ke-16
22:17tetapi penilaian
22:18untuk menilai
22:19sama ada menteri
22:20yang tidak
22:21berfungsi
22:23dan tidak menunjukkan
22:24kompetensi tinggi
22:25harus digugurkan
22:26menarik
22:27Dr. Zahruddin
22:28kalau diberi peluang
22:29untuk memberi
22:30konsultasi kepada
22:32Perdana Menteri
22:33untuk memilih
22:34barisan kabinet baru
22:35ataupun mengisi
22:36kekosongan
22:37dan juga melakukan
22:38sedikit rombakan
22:39apa kriteria
22:40yang Dr. Zahruddin
22:41akan tetapkan
22:42perlu diberi perhatian
22:44oleh PMX
22:45yang boleh
22:46memberi konsultasi
22:47kepada PMX
22:47saya nampak
22:48Haji Nazri
22:48boleh bagi konsultasi
22:49kepada PMX
22:50jadi
22:51saya akan melihat
22:55begini
22:55kita bagi analogi
22:57pemain bola sepak
22:58kita pasukan bola sepak
22:59kita ada 11 orang
23:00pemain
23:00ada pemain
23:01yang memang striker
23:02ada main-main big field
23:03ada main pertahanan
23:04ada pemain niaga kut
23:05ketika ini
23:06kita tidak hanya
23:06kita tidak boleh
23:07tukar manager
23:08manager itu kekal
23:09manager itu di situ
23:11dan peranan
23:13manager sekarang ini
23:13ada melihat
23:14di manakah
23:15jentera kelemahan
23:16pasukan tersebut
23:17saya tidak merasakan
23:19kita hanya perlu
23:20mengisi kekosongan
23:21dia harus melihat
23:22secara menyeluruh
23:23kerana saya bersetuju juga
23:24dengan Suha Hadi
23:25bahawasanya
23:25benda ini adalah
23:27agenda pada
23:28PRU-16
23:29maksudnya
23:30inilah pasukan
23:31yang akan dibawa
23:32untuk pilihan raya
23:33jika pasukan ini
23:34gagal untuk
23:35dikemudi
23:36dikendalikan
23:37ataupun gagal
23:38untuk bermain
23:38bersama-sama
23:39pasti pilihan raya
23:40PRU-16 ini
23:41pasukan ini
23:42akan menghadapi
23:43masalah besar
23:43jadi apa yang perlu
23:44dilihat
23:45bukan sekadar
23:46berisi kekosongan
23:47siapa yang perlu
23:49duduk bermain
23:50di tempat yang
23:51sepatutnya
23:52kalau kita meletakkan
23:53dia itu hebat
23:54sebagai seorang striker
23:55tapi kita letak
23:56dia sebagai penyaga gol
23:57hancur pasukan
23:58begitu juga yang
23:59sebaliknya
24:00jadi dia harus melihat
24:01siapakah yang
24:02paling
24:02berkerima
24:03untuk diletakkan
24:05mengemudi
24:06mana-mana
24:06kementerian
24:07dia tidak boleh
24:08just pick and pick
24:09pick and choose
24:10letak saja
24:10siapa-siapa
24:11ataupun hanya mendengar
24:13daripada ketua-ketua parti
24:14yang bersama ketika ini
24:16ketua parti kata
24:17saya nak orang ini
24:17orang ini
24:18orang ini
24:18orang ini
24:19sedangkan kita tahu
24:20kekosongan yang nak
24:21diisikan adalah
24:22contohnya lah
24:22yang diberikan
24:23ni lah pemain-pemain
24:25pertahanan
24:25tetapi kita
24:26memerlukan striker
24:27takkan kita nak letak
24:28juga calon yang
24:30diberikan oleh parti
24:31itu yang semuanya
24:32itu pemain
24:32pertahanan
24:33untuk bermain
24:34sebagai seorang penyerang
24:36pasti pasukan kita kalah
24:38dan tidak boleh
24:38skor gol
24:39itu yang menjadi
24:40masalah sekarang ini
24:41jadi yang harus
24:42dilihat
24:43janganlah
24:44terlampau
24:45orang kata
24:47menjaga
24:48ketua-ketua parti
24:50PMX
24:52harus berani
24:53membuat keputusan
24:54memilih
24:55mereka yang
24:55selayaknya
24:56walaupun mereka itu
24:58tidak dinamakan
24:59oleh ketua-ketua parti
25:00kerana orang yang
25:02layak ni kadang-kadang
25:03dalam setengah parti
25:04tak nak mereka ini
25:05menunjuk
25:06kerana takut
25:07tergugur
25:08ketua parti pula
25:08tak tergugur
25:09di masa akan datang
25:10adanya
25:10muka baru
25:11adanya orang lebih hebat
25:12dan sebagainya
25:13saya pun akan
25:14bersetuju
25:15kalau kita lantik
25:16Haji Nazri
25:18menjadi senator
25:19dan mungkin melihat
25:19tentang komunikasi
25:20kerana kita harus
25:21meletak
25:22ini analoginya
25:23meletak pada orang
25:24yang sepatutnya
25:25di tempat yang sepatutnya
25:27kalau kita sering
25:28bercerita keadilan
25:29apakah maksud keadilan
25:30meletakkan sesuatu
25:32di tempat yang sesuatu
25:33yang betul
25:33jadi janganlah kita
25:35menanai rakyat di sini
25:36dengan memilih
25:38ataupun meletak
25:38hanya kerana
25:39menjaga perasaan
25:40ketua-ketua parti
25:41yang menyokong kita
25:42tetapi yang memusnahkan
25:44besok
25:45yang memusnahkan
25:45negara ini
25:46adalah mereka
25:46yang diletakkan
25:48di tempat yang
25:49sesuai
25:50hajur negara
25:51ok
25:52Haji kalau saya boleh
25:53tambah
25:53silakan
25:55saya bersetuju
25:57dengan pandangan
25:58yang dikemukakan
25:59oleh cikgu saya
26:00Dr. Zaharuddin
26:00bahawa
26:01betul
26:03kalaulah
26:04ada keperluan
26:05bahawa
26:06sesebuah kementerian
26:07yang memerlukan
26:08sebuah komunikator
26:10ataupun soalah
26:11penyampai komunikasi
26:13yang baik
26:13iaitu
26:14bukan daripada
26:15background
26:15parti-parti politik
26:17maka sudah
26:17pasti
26:18ruang dan juga
26:20peluang itu ada
26:20iaitu
26:21dilantik melalui
26:22teknokrat
26:23dilantik sebagai senator
26:24untuk dibawa masuk
26:25ke dalam kabinet
26:26bukanlah
26:28dia melihat
26:29kepada
26:29background
26:30mereka semata-mata
26:31daripada parti politik
26:32semata-mata
26:33itu keputusan saya juga
26:35saya rasa
26:36PMX mendengar
26:37pembicaraan kita
26:38pada malam ini
26:38dan apa yang dikatakan
26:40oleh Dr. Zaharuddin
26:41dan juga Izwafi
26:42pasti menjadi
26:43pertimbangan berat
26:44untuk beliau
26:45melakukan
26:45keputusan besar
26:47kalau ada
26:48rombakan kabinet
26:49dan juga
26:49mengisi kekosongan
26:50beberapa jawatan penting
26:52dalam kabinet negara kita
26:53pada ketika ini
26:54jadi terima kasih
26:55Izwafi Hadi Kamilan
26:56dan juga Dr. Ahmad Zaharuddin
26:57Sani Ahmad Sabri
26:58memberi pandangan
27:00beliau
27:01tentang
27:01rombakan kabinet
27:02dan juga
27:03prestasi
27:04kerajaan madani
27:053 tahun
27:06sekian
27:06Assalamualaikum
27:07kita jumpa lagi
27:08selamat menikmati
27:09selamat menikmati
27:10selamat menikmati
27:11selamat menikmati
27:12selamat menikmati
27:12selamat menikmati
27:14selamat menikmati
27:15selamat menikmati
27:16selamat menikmati
27:18selamat menikmati
27:20Terima kasih
Be the first to comment