Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah mengemukakan Pernyataan Rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke atas badan induk itu dan tujuh pemain warisan negara.
Transcript
00:00Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM mengesahkan telah mengemukakan pernyataan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tarasukan, CAS, berhubung hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA ke atas badan induk itu dan tujuh pemain warisan negara.
00:15Pemangku Presiden FAM, Datuk Muhammad Yusuf Mahadi berkata, CAS menetapkan bahawa peguam yang mewakili badan induk negara itu mempunyai 10 hari hingga 18 Disember untuk mengemukakan hujah bertulis lengkap.
00:30Menurut Muhammad Yusuf, FAM komited untuk melalui proses ini secara profesional, telus dan menghormati semua prosedur perundangan yang telah ditetapkan.
00:41Beliau berkata FAM akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
00:47Pada 26 September lepas, FIFA mengesahkan FAM dan tujuh pemain warisan negara iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanul Manchuka, Jean Figueredo, Yon Iratabal dan Hector Havel
01:03didapati melanggar Artikel 22 Kod Tata Tertib FIFA FDC berhubung kesalahan pemalsuan dokumen.
01:10Siasatan mendapati FAM telah menyerahkan dokumen dipercayai dipalsukan untuk mengesahkan kelayakan pemain terbabit sehingga membolehkan mereka beraksi ketika Malaysia menewaskan Vietnam 4-0
01:22dalam aksi kumpulan F pusingan kelayakan Piala Asia 2027 di Stadion Nasional Bukit Jalil pada Jun lepas.
01:29Sesudahan itu, FAM diarahkan membayar denda kira-kira RM1.8 juta manakala setiap pemain didenda sekitar RM11,000
01:37serta digantung daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama 12 bulan.
01:43Harapan untuk melihat hukuman itu direngankan tidak kesampaian.
01:46Selepas jawatan kuasa rayuan FIFA pada 3 November lepas menolak rayuan FAM dan ke semua pemain sekaligus
01:53mengekalkan keputusan jawatan kuasa tata tertib mengenai pelanggaran serius Artikel 22 FDC.
02:01FAM justru itu tidak mempunyai pilihan selain membawa kes itu ke CAS bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan
02:08serta mempertahankan integriti proses kelayakan pemain yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan badan berkaitan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended