Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
AWANI Borneo Rabu 1 April 2026 bersama Assim Hassan

1. KPDN perketat penguatkuasaan bekalan bahan api di Sabah, Sarawak, Labuan
2. Sarawak percepat pembangunan tenaga hijau
3. Prestasi SPM 2025 Sabah, Sarawak meningkat jurang bandar, luar bandar mengecil

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selamat menikmati.
00:35Jurang perbezaan bandar, luar bandar, Sabah dan Sarawak mengecil.
00:45Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosara Hidup KPDN memperkenalkan had pengisian diesel khusus di Sabah, Sarawak dan Labuan yang berkuatkuasa
00:551 April.
00:56Ketua Pengarahnya Datuk Azman Adam berkata, had yang ditetapkan adalah sehingga 50 liter bagi kenderaan pikap, 100 liter untuk kenderaan
01:06komersial di bawah 3 tan dan 150 liter bagi kenderaan komersial melebihi had tersebut.
01:13Selaras dengan usaha KPDN memperkukuh kawalan agihan bahan api bersubsidi.
01:19Dasar ni kita buat adalah untuk memastikan kecukupan bekalan dan kita kena faham dekat Sabah, Sarawak, Labuan ni mereka menikmati
01:29harga yang masih sama lagi dengan harga lama iaitu RM2.15 selika.
01:34Jadi kawalan ni kita buat untuk memastikan keselambungan bekalan, tidak ada gangguan dan tidak ada pihak yang boleh menyeleweng.
01:42Katanya pihak KPDN akan mula menempatkan pegawai secara statik di stesen minyak yang mencatatkan peningkatan jualan luar biasa selain menegaskan
01:52pegawai tidak beruniform bagi tujuan risikan untuk mendapatkan maklumat sebenar operasi di lokasi tersebut.
01:59Menurut Azman, penguasaan di Sabah, Sarawak dan Labuan perlu sebagai usaha memperkukuh kawalan bekalan bahan api, terutamanya diesel bagi memastikan
02:09keselambungan bekalan, tiada gangguan dan tiada penyelewengan berlaku dalam pasaran.
02:15Beliau berkata demikian selepas melakukan tingjauan di sebuah stasi minyak di Kuching.
02:20Kerajaan sebelum ini mengumumkan harga diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, namun hak pengisian
02:31harian dikuatkuasakan mulai 1 April bagi membendung ketirisan.
02:36Hak tersebut berbeza mengikut kategori kenderaan iaitu 50 liter, 100 liter atau 150 liter bagi memastikan subsidi sampai kepada kumpulan
02:47sasaran.
02:47Sementara itu, Azman minta orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat jika terdapat sebarang kes mencurigakan berkaitan penyelewengan bahan api dan
02:57tindakan akan diambil dalam tempoh 24 jam sekiranya laporan diterima lengkap.
03:03Kerajaan sebelum ini mengumumkan beberapa langkah penguasaan baru bermula 1 April bagi membendung ketirisan subsidi bahan api.
03:11Ia termasuk larangan penjualan dan pembelian ruang 95 oleh kenderaan asing, tidak membenarkan penggunaan kad kredit dan debit antarabangsa di
03:20terminal PAM layan diri dan pembayaran hanya dibenarkan di kaunter bagi mengawal pembelian oleh warga asing.
03:30Bekalan petrol dan diesel di dalam negara masih stabil meskipun berlaku peningkatan permintaan susulan krisis perang di Asia Barat.
03:40Pengarah Penguatkuasa KPDM Dato' Azman Adam berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan kekurangan bekalan di seluruh negara tetapi pemantauan
03:50akan terus dilakukan secara berterusan di semua stesen minyak.
03:54Sebenarnya tak ada isu perkurangan langsung dalam mesyu kita. Kita monitor setiap hari stesen minyak yang satu mengalami kenaikan ini,
04:09satu yang mungkin ada sedikit masalah perhantaran dan sebagainya, kita monitor hari-hari.
04:14Setakat ini memang kita tidak ada apa-apa isu perkurangan bekalan dalam negara kita. Jadi tak perlu risau. Sebenarnya tak
04:23perlu risau. Yang ada beberapa insiden itu kadang-kadang macam contohnya musim perayaan bau ini kelewatan ketibaan tanker sebab jalan
04:33jam dan sebagainya.
04:34Di segi bekalan sebagaimana jaminan kerajaan untuk sebulan dua ini tak ada isu. InsyaAllah cukup.
04:43Sementara itu langkah penguatkuasaan turut diperkukuh melalui Optiris 4.0 yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi serta penempatan pegawai secara statik
04:55selain risikan untuk pemantauan aktiviti yang mencurigakan di stesen minyak.
05:00Bagi menjayakan operasi ini, orang ramai diminta untuk tidak menggunakan pendekatan tular bagi mendedahkan sebarang kes mencurigakan berkaitan penyelewengan bahan
05:10api.
05:10Sebaliknya terus menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak KPDN untuk tindakan segera.
05:17Saya nak ambil peluang ini untuk memberi mesej kepada orang ramai.
05:23Sekiranya terlihat dan nampak perkara-perkara yang menyalahkan undang-undang.
05:27Sebagai contohnya kita tak nampak kenderaan asing mengisi round 95, ada yang mengisi dalam tong dalam kualiti yang banyak.
05:35Jangan ambil tindakan sendiri. Kalau boleh jangan tulangkan dulu.
05:38Lapor terus kepada pihak KPDN.
05:41Jadi pihak KPDNN insyaAllah kita akan mengambil tindakan dalam masa 24 jam.
05:46Dengan syarat laporan itu lengkap.
05:49Kalau boleh jangan wariakan dulu sebab jika diwariakan dulu kadang-kadang banyak bukti yang telah dihapuskan
05:55dan mengganggu ataupun menijaskan kejayaan siasatan kami.
06:02Perdana Menteri Datuk Sui Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan bersama semua Menteri Besar,
06:07Ketua Menteri dan Premier Sarawak pada Khamis berhubung kesan konflik Asia Barat terhadap negara.
06:14Jurucakap Kerajaan Datuk Fahmi Fadil berkata pertemuan itu bagi meneliti beberapa langkah
06:19serta ikhtiar yang boleh diambil secara bersama antara kerajaan pusat dan negeri dalam menghadapi cabaran semasa.
06:34Untuk makluman semua, insyaAllah esok yang maklumat Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar
06:41dan Ketua Menteri khusus berkait isu krisis tenaga global dan kesan kepada ekonomi dalam negara
06:48yang mana beberapa perkara akan dibincangkan serta ikhtiar ataupun langkah akan diteliti.
06:56Dan sudah pasti selepas daripada mesyuarat esok akan ada makluman apa yang telah hasil ataupun telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut.
07:07Jadi insyaAllah petang esok ada beberapa sidang media.
07:11Pertama oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri 2, Datuk Amar Fadilah Yusof.
07:19Dan mungkin akan ada kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri susulan kepada mesyuarat bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua
07:27-Ketua Menteri.
07:32Prestasi calon sijil pelajaran Malaysia SPM 2025 di Sabah dan Sarawak mencatat peningkatan memberangsangkan dalam hampir semua indikator utama.
07:42Ia termasuk khususnya apabila grade purata negeri GPN meningkat daripada 5.0 kepada 4.85.
07:52Paling Ketara, ia bukan sahaja mencerminkan peningkatan dari segi kuantiti malah kualiti dengan jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar
08:01turut berjaya dirapatkan.
08:05Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak, Datuk Mustafa Sakmut berkata,
08:10Di Sabah, pencapaian tahun ini menunjukkan lonjakan Ketara apabila buat pertama kali berjaya keluar daripada julat GPN 5 sekaligus menjadi
08:17pencapaian penting dalam sejarah prestasi pendidikan negeri.
08:20Menurut beliau, prestasi calon layak mendapat sijil di Sabah turut meningkat kepada 95.60% dengan 650 pelajar memperoleh keputusan
08:30cemelang semua A,
08:31manakala bilangan calon yang mencapai sekurang-kurangnya kepujian juga meningkat dengan Ketara.
08:37Mengulas prestasi di Sarawak, Mustafa berkata negeri itu turut mencatat perkembangan positif apabila GPN mencatatkan 4.79 iaitu pencapaian terbaik
08:46sejak 2013.
08:48853 calon berjaya memperoleh keputusan cemelang semua A, manakala bilangan calon yang mencapai sekurang-kurangnya kepujian turut meningkat.
08:56Selain itu, 27 buah sekolah mencapai kelulusan 100% termasuk sekolah di kawasan luar bandar.
09:02Ini membuktikan akses kepada pendidikan berkualiti mampu melahirkan kecemelangan melangkaui kekangan geografi.
09:08Dalam pari itu, beliau menggalakkan lepasan SPM berani meneroka pelbagai laluan pendidikan dan kerjaya termasuk bidang pendidikan dan latihan teknikal
09:17dan vocational TVET,
09:18teknologi kecerdasan buatan AI serta industri semikonduktor yang kini menjadi sektor strategik negara.
09:24Beliau berkata seiring perkembangan isu konflik tenaga global,
09:28lepasan SPM juga digalakkan meneroka peluang dalam sektor tenaga baharu dan tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar, hidro dan teknologi
09:36hijau.
09:36Mustafa berkata bidang berkenaan bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi,
09:42malah membuka ruang kepada anak Sabah dan Sarawak menjadi peneraju dalam ekonomi digital,
09:47industri berteknologi tinggi serta pembangunan restari di peringkat global.
09:56Kesemua penerima sumbangan asas rahmah akan mula menerima bantuan secara bulanan bermula 1 April, iaitu hari ini.
10:04Menurut Kementerian Keuangan MOF, dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan,
10:09bantuan tersebut turut akan disalurkan kepada penerima bantuan sedia ada,
10:13termasuk lebih 200,000 penerima baru.
10:17Bagi penerima kategori Sara Bulanan, jumlah yang ditetapkan untuk isi rumah adalah RM100.
10:23Manakala, wangga emas dan bujang akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM50.
10:30Manakala, bagi penerima kategori Sara Bulanan dan IKASI,
10:34isi rumah akan menerima sebanyak RM200.
10:39RM150 diperuntukkan untuk seorang waga emas,
10:42manakala RM100 akan disalurkan kepada kategori bujang menerusi bantuan tersebut.
10:48Dalam pada itu, MOF dalam hantaran tersebut turut menyatakan,
10:51mengenai antara senarai barangan yang boleh dibeli oleh penerima,
10:55menggunakan wang bantuan yang disalurkan merangkumi lebih 140,000 pilihan barangan asas.
11:02Selain itu, MOF turut memperinyatkan para pengguna untuk mendapatkan maklumat
11:06mengenai kelayakan mereka menerusi laman sara.gov, sara.gov.my
11:12atau muat turun aplikasi MyKASI.
11:21Insentif pengeluaran getah IPG diaktifkan untuk pekebun kecil getah di Sabah dan Sarawak
11:27bagi Mac 2026.
11:29Lembaga Getah Malaysia LGM menerusi satu kenyataan memaklumkan.
11:33Langkah itu diambil susulan harga purata ladang bagi getah skrap di kedua-dua negeri
11:39berada pada paras lebih rendah.
11:41pekebun kecil yang layak di Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran IPG
11:45bagi tempoh 1 hingga 30 April 2026 berdasarkan pengeluaran getah bagi Mac 2026.
11:53Harga purata ladang bagi getah skrap pada Mac ialah RM2.95 sekilogram di Sabah
12:00dan RM2.85 sekilogram di Sarawak iaitu di bawah paras ambang RM3 sekilogram
12:08yang dikeluarkan untuk mengaktifkan insentif.
12:10Bagaimanapun insentif itu tidak diaktifkan di Semenanjung.
12:14Berikutan harga purata lebih tinggi iaitu RM3.30 sekilogram.
12:19Kadar IPG bagi getah skrap di Sabah ditetapkan pada RM5 sekilogram
12:25bagi kandungan getah kering KGK 50% dan RM10 sekilogram bagi KGK 100%.
12:33Manakala di Sarawak, kadar masing-masing ialah RM15 dan RM30 sekilogram.
12:39Sementara itu, kadar IPG bagi latex ditetapkan pada RM90 sekilogram bagi latex dengan KGK 100%
12:48dan akan diaktifkan serentak dengan insentif getah skrap.
12:58Kerjasama strategik antara kerajaan Sarawak melalui Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar
13:04dengan DNV Norway dijangka mampu mempercepatkan pelaksanaan pembangunan tenaga bersih di negeri itu.
13:14Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazlan Abang Ifni berkata
13:20penglibatan DNV sebagai badan verifikasi global amat penting
13:25khususnya ketika Sarawak kini berada pada fasa pelaksanaan pembangunan tenaga baru.
13:32Memetik laporan UKAS, Abdul Rahman mengatakan kepakaran DNV akan memastikan setiap projek tenaga hijau di Sarawak
13:39mematuhi piawayan serta kualiti antarabangsa sejajar dengan hasrat negeri ini
13:44untuk memperluaskan pasaran tenaga ke peringkat serantau dan antarabangsa.
13:48Beliau turut menegaskan kedudukan strategik Sarawak di rantau Asia Pasifik
13:53memberikan kelebihan besar berbanding negara lain
13:56sekaligus membuka peluang menembusi pasaran utama seperti China, Jepun dan Korea.
14:01Dalam pada itu, perubahan landscape tenaga global serta ketidaktentuan geopolitik dunia
14:06mendorong negara-negara mengurangkan kebergantungan kepada minyak dan gas.
14:11Dengan sumber semula jadi seperti hidro dan solar yang melimpah,
14:15Sarawak berpotensi menjana tenaga hijau pada kos yang lebih kompetitif
14:19dan muncul sebagai bateri Asia.
14:24Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak NREB memulakan siasatan
14:29berhubung pembakaran terbuka yang menyebabkan kebakaran besar
14:33di Kemunyang, Sibu, Penasu Muka dan Kuala Tatau Bintulu.
14:38Pengarahnya Datu Jack Liam berkata ketika ini antara lokasi yang masih terbakar
14:43ialah di kawasan Penasu dan usaha sedang dilakukan bomba
14:46untuk mempergiatkan aktiviti pemadaman.
14:53Pihak bomba sedang berusaha untuk membuat pemadaman
14:56tetapi kebakaran ini dalam kebakaran yang terkawal
15:00kebakaran ini dalam kebakaran yang terkawal
15:03jadi NREB telah memulakan siasatan untuk ketiga-tiga kes ini
15:10dan mereka yang dilapati bersalah kita akan ambil tindakan
15:15berdasarkan NREO 1958 edisi ini.
15:22Jadi ada yang telah dikenal pasti setakatnya?
15:25Sesatan masih dijalankan pada masa ini.
15:29Mengenai cuaca panas dan jerebu, beliau berkata
15:32situasi di Sarawak sebenarnya terkawal
15:35biarpun berhadapan insiden pembakaran terbuka
15:38dikesan sepanjang dua minggu lalu.
15:41Untuk rekod bagi aktiviti pembakaran terbuka
15:43dua peruntukan undang-undang yang boleh disabitkan kepada pesalah
15:47ialah Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar 1958
15:51dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
15:55di bawah Jabatan Alam Sekitar.
16:01May lalapuran itu mengakhiri Awani Borneo
16:04untuk hari ini saya Simah Hasan.
16:05Salah hormat, kita jumpa lagi.
Comments

Recommended