00:00Prestasi calon sijil pelajaran Malaysia SPM 2025 di Sabah dan Sarawak mencatat peningkatan memberangsangkan dalam hampir semua indikator utama.
00:10Ia termasuk khususnya apabila grade purata negeri GPN meningkat daripada 5.0 kepada 4.85.
00:20Paling ketara, ia bukan saja mencerminkan peningkatan dari segi kuantiti, malah kualiti dengan jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar.
00:29turut berjaya dirapatkan.
00:32Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak, Datuk Mustafa Sakmut berkata,
00:37di Sabah pencapaian tahun ini menunjukkan lonjakan ketara apabila buat pertama kali berjaya keluar daripada julat GPN 5,
00:44sekaligus menjadi pencapaian penting dalam sejarah prestasi pendidikan negeri.
00:48Menurut beliau, prestasi calon layak mendapat sijil di Sabah turut meningkat kepada 95.60%
00:54dengan 605 pelajar memperoleh keputusan cemelang semua A,
00:58manakala bilangan calon yang mencapai sekurang-kurangnya kepujian juga meningkat dengan ketara.
01:04Mengulas prestasi di Sarawak, Mustafa berkata negeri itu turut mencatat perkembangan positif apabila GPN mencatatkan 4.79 iaitu pencapaian terbaik
01:13sejak 2013.
01:16853 calon berjaya memperoleh keputusan cemelang semua A,
01:19manakala bilangan calon yang mencapai sekurang-kurangnya kepujian turut meningkat.
01:23Selain itu, 27 buah sekolah mencapai kelulusan 100% termasuk sekolah di kawasan luar bandar.
01:29Ini membuktikan akses kepada pendidikan berkualiti mampu melahirkan kecemelangan melangkaui kekangan geografi.
01:35Dalam pari itu, beliau menggalakkan lepasan SPM berani meneroka pelbagai laluan pendidikan dan kerjaya,
01:41termasuk bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vocational TVET,
01:46teknologi kecerdasan buatan AI serta industri semikonduktor yang kini menjadi sektor strategik negara.
01:52Beliau berkata seiring perkembangan isu konflik tenaga global,
01:55lepasan SPM juga digalakkan meneroka peluang dalam sektor tenaga baharu dan tenaga boleh diperbarui
02:00seperti tenaga solar, hidro dan teknologi hijau.
02:04Mustafa berkata bidang berkenaan bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi,
02:09malah membuka ruang kepada anak Sabah dan Sarawak menjadi peneraju dalam ekonomi digital,
02:14industri berteknologi tinggi serta pembangunan restari di peringkat global.
Comments