Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Pusat Arahan Komunikasi bagi menyampaikan maklumat rasmi berkaitan tindak balas terhadap krisis tenaga global dan situasi konflik Asia Barat.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pusat berkenaan akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dengan sidang media khas berkemungkinan berlangsung setiap hari jam 4 petang bermula pada Khamis.
Comments