00:00Bila ketegangan meningkat di Asia Barat, kita selalu fikir tentang pangkalan tentera, lautan minyak atau selat hormus.
00:06Tapi hari ini, kuasa dan risiko juga terletak di tempat yang kurang kelihatan.
00:10Kita bercakap tentang pusat data, pelayan awan ataupun cloud center dan juga sistem kecerdasan buatan atau AI.
00:17Beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat teknologi gegasi Amerika Syarikat seperti Microsoft, Google dan Amazon bukan sekadar berniaga di rantau teluk.
00:24Mereka juga membina infrastruktur digital teras yang menggeratkan ekonomi negara-negara teluk.
00:30Jadi persoalannya, bagaimana syarikat Amerika sampai ke negara teluk?
00:35Mengapa ia dialu-alukan dan kenapa kehadiran ini mula dilihat sensitif dari sudut geopolitik?
00:41Jadi gelombang besar ini sebenarnya bermula sekitar 2019 apabila negara-negara teluk memperkenalkan dasar data berdaulat
00:48yang mana ia mewajibkan data sensitif untuk disimpan dalam negara.
00:52Sejak itu, satu demi satu syarikat teknologi Amerika membina pusat operasi fizikal.
00:57Google Cloud membuka pusat awan di Arab Saudi dan Qatar pada 2023.
01:02Amazon Web Services melabur lebih 5.3 bilion dolar Amerika untuk pusat awan mega di Arab Saudi
01:08selain operasi sedia ada di UAE dan juga Qatar.
01:12Oracle pula ialah pemain paling awal.
01:14Lebih 30 tahun di rantau ini dan kini menjadi tulang belakang sistem data kerajaan di Arab Saudi, UAE dan juga
01:20Qatar.
01:20Jadi mengapa negara-negara teluk ini mahukan kehadiran mereka?
01:24Jawapannya laman sebenarnya mudah.
01:25Tetapi besar implikasinya kerana negara-negara teluk sedar minyak bukan masa depan untuk jangka yang panjang.
01:32Data dan kecerdasan buatan sebaliknya adalah minyak baru atau orang kata data is the new oil kalau ikut apa yang
01:41mereka katakan.
01:42Jadi hari ini ekonomi digital menyumbang kira-kira 15% KDNK Arab Saudi yang mana ia bernilai lebih 132 bilion
01:49dolar Amerika dan UAE telah mensasarkan hampir 20% KDNK menjelang 2031.
01:56Jadi untuk mereka mencapai sasaran itu, mereka memerlukan tiga perkara, modal besar, teknologi canggih dan kepakaran global dan ini datang
02:03daripada syarikat teknologi Amerika Syarikat.
02:05Projek mega seperti Neom di Arab Saudi atau bandar pintar di UAE memerlukan sistem AI untuk trafik, air, tenaga dan
02:13keselamatan dan kesemua ini adalah berasaskan kepada teknologi awan.
02:17Selain itu dengan membina pusat data tempatan, negara teluk memastikan data rakyat, bank dan kerajaan kekal di bawah undang-undang
02:24mereka sendiri bukan di Eropah atau Amerika.
02:27Dan ini membawa kita kepada persoalan seterusnya mengapa kini ia menjadi isu keselamatan global.
02:32Dan di sinilah sebenarnya lanskap global telah berubah. Hari ini infrastruktur komersial dan keselamatan tidak lagi terpisah sepenuhnya.
02:40Platform awan yang mengendalikan transaksi bank atau aplikasi harian pada masa yang sama juga digunakan oleh kerjaan untuk tujuan seperti
02:47analitik, logistik dan juga keselamatan cyber.
02:50Dan inilah sebab mengapa dalam retorik terbaru, RGC menyifatkan syarikat teknologi barat sebagai sebahagian daripada ekosistem strategi musuh walaupun mereka
02:58beroperasi secara komersial.
02:59Dan dari sudut geopolitik, pusat data ini menjadi apa yang pengalisis panggil sebagai strategi coupling.
03:06Iaitu apabila aset teknologi Amerika berada dalam negara teluk, mana-mana gangguan boleh memberi kesan ekonomi dan diplomatik secara meluas.
03:15Nama penting ditegaskan ini bukan ramalan perang tetapi penanda bahawa teknologi kini dianggap sebagai aset strategik setaraf dengan logi minyak
03:22atau pelabuhan utama.
03:24Kerana rantau teluk kini adalah not utama ekonomi dan juga internet global, kita bercakap tentang peluhan kabel dasar laut yang
03:30menghubungkan Asia, Eropah dan Afrika melalui Asia Barat.
03:34Dan ini menyokong perbankan, perdagangan dan perkhidmatan digital seluruh dunia termasuk juga Asia Tenggara.
03:40Jadi sebenarnya sebarang gangguan besar kepada infrastruktur digital di teluk boleh memberi kesan berantai kepada pelaburan global, aliran data dan
03:48juga keyakinan pasaran.
03:49Dan bagi syarikat teknologi global, episod ini ataupun konflik Asia Barat ini memaksa mereka berdepan dengan realiti baru apabila teknologi
03:57awan menjadi terlalu penting, ia tidak lagi neutral dari sudut geopolitik.
04:01Kehadiran syarikat teknologi Amerika di teluk bermula sebagai kisah pertumbuhan ekonomi dan kerjasama global.
04:07Tetapi dunia yang digerakkan oleh kecedasan buatan menjadikan sempadan antara komersial dan strategik menjadi semakin kabur.
04:14Jadi apa yang kita saksikan hari ini bukan penamat cerita, tetapi sebenarnya ia adalah permulaan perbincangan global tentang bagaimana teknologi,
04:22kuasa dan keselamatan kini bertemu di alam nyata.
04:25Dan kini kita melihat strategi asimetrik Iran ataupun yang disebut sebagai asimetrical warfare, lumanya, oleh Iran yang menyasarkan infrateknologi di
04:34negara teluk adalah untuk melambatkan pergerakan taktikal blok barat.
04:38Bukan nyawa jadi taruhan, namun kini teknologi juga berdepan ancaman, lumanya.
Comments