Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Dr Jane Koh berkata langkah pencegahan termasuk membina parit bagi mengekalkan paras air dan pemantauan berkala.
Transcript
00:00Sementara itu terlindung dari mata kasar, api merebak di bawah permukaan tanah tanpa disedari.
00:07Kebakaran tanah gambut, satu musuh yang liat untuk ditundukkan oleh bomba, ia perlu dicegah sebelum satu percikan api mencetuskan bencana.
00:19Ini projek pemulihan tanah gambut meliputi sekitar 97,000 hektare kawasan di Pahang Tenggara.
00:25Ketua projek dari Enggang Pekan Sendirian Berhad, Dr. Jin Koh berkata, pemantauan rapi diperlukan untuk melindungi kawasan tanah gambut yang
00:34terbesar di semenanjung Malaysia ini.
00:36Kami memang ada pemantauan, ada dua unit yang di bawah pihak enggang yang sering memantau di dalam kawasan projek kami
00:49dan juga di sekeliling kawasan projek kami.
00:52sebab kami nak mencegah kebakaran itu daripada merebak ke dalam kawasan hutan simpan.
01:02Kebakaran di tanah gambut memang senang merebak.
01:06Dia merebak secara above ground dan juga below ground.
01:10hutan payah gambut di kawasan tropikal ini adalah hutan yang lembab, di tanah lembab.
01:21Tropikal moist forest.
01:23Dia tidak akan terbakar sendiri.
01:26Yang terbakar itu adalah disebabkan oleh punca manusia.
01:30Selain itu, langkah pencegahan termasuk membina parit bagi mengekalkan paras air dan pemantauan berkala.
01:37Seterusnya, penubuhan pasukan khas tindak balas kebakaran dan kerjasama antara agensi bagi memastikan kawasan gambut selamat.
01:45Selain itu, penolong pengarah bahagian operasi dan penyelamat JBPM Pahang, Muhammad Salahuddin Isa berkata,
01:5180% kebakaran berpunca daripada aktiviti manusia.
01:58Pahang, Muhammad Salahuddin Isa berkata,
Comments

Recommended