Skip to playerSkip to main content
Kalau anda mencari resipi yang mudah dan enak, boleh cuba buat Ayam Goreng Ala Thai ni. Memang sedap tak terkata! Ratah macam tu je pun boleh, nak cicah dengan sos pun boleh. Tak sedar dah habis sepinggan!

AYAM GORENG ALA THAI

Bahan Kisar:

5 ulas bawang Putih
1 sudu kecil biji ketumbar
1 akar ketumbar

Bahan Perap:

700-800gm ayam | dipotong kecil
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
¾ cawan tepung goreng ayam
3 sudu besar biji bijan
½ mangkuk air sejuk | lebih kurang 100-120ml

Bahan-bahan lain:

5-6 helai daun limau purut
6-8 tangkai cili kering
7-8 biji bawang putih

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #ayamgorengalathai #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Kalau anda belum pernah makan ayam goreng ala Thai, inilah masa untuk anda cuba resepi ni.
00:05Rangup dan wangi, confirm buat anda ketagih.
00:07Mula-mula kita kisah akar ketumbah, bawang putih dan biji ketumbah.
00:11Tambahkan sedikit air dan kisah sampai halus.
00:14Di dalam mangkuk, perapkan ayam bersama minyak bijan, sebut kunyit, sebut cili, gula, sebut lada hitam,
00:21sos tiram, sos ikan, tepung goreng ayam, biji bijan, air sejuk dan bahan kisah tadi.
00:28Gaul sampai semua bersalut cantik.
00:31Air sejuk ni bantu bagi salutan ayam jadi lebih rangup semasa menggoreng.
00:36Lagi lama kita perap, lagi sedap.
00:38Sekarang kita goreng ayam di dalam minyak yang panas.
00:41Goreng sampai keperangan.
00:42Tapi jangan berhenti kat situ, kita buat double fry.
00:45Ini teknik yang bagi ayam goreng ala Thai kita rangup sampai ke petang dan tak keras.
00:49Bila ayam dah garing, kita tambah daun lima purut, cili kering dan bawang putih.
00:53Bila semuanya dah layu dan wangi, angkat dan tuskan.
00:56Dah siap ayam goreng ala Thai kita rangup, pedas-pedas manja dan wangi.
01:01Cicah dengan sos Thai pun ngam.
01:03Selamat mencuba.
01:04Ingat makan, ingat rasa.
Comments

Recommended