00:00Kebenaran, musuh kejahatan.
00:03Watak sampingan dalam franchise Boboiboy kini menjadi sorotan utama menerusi film debut Papa Zola The Movie.
00:11Ternyata di sebalik gaya bersahaja Papa Zola, ada sisi lain karakter belum diketahui umum.
00:16Film ini bakal menyingkap asal-usul tokoh bapa berkenaan.
00:21Jalan penceritaan dramatik, animasi imersif, Papa Zola menemui penonton 11 Disember ini.
00:30Papa?
00:31Ya, Protect and Prevent Agency.
00:35Belatarkan Kuala Lumpur, Papa Zola seorang ayah yang bekerja keras demi keluarga
00:40namun hidupnya bertukar huru-hara apabila anaknya pipi di culik makhluk asing.
00:47Papa Zola kemudian bersepakat dengan Mama Zila untuk kembali kepada organisasi rahsia PAPA demi menyelamatkan dunia.
00:54Pengembaraan kini bermula, Papa Zola dan rakan seperjuangan berdepan pelbagai cabaran menewasakan
01:01mengangkat mesej pengajaran antaranya pengorbanan untuk yang tersayang.
01:14Papa Zola The Movie kekal setia dengan tema komedi dan aksi.
01:18Penonton pasti tidak kering gusi dan sudah tentunya tidak senang duduk.
01:22Pengalaman sinematik juga dijamin membuatkan penonton terbukau.
01:27Elemen animasi terus diperhalusi seolah-olah memasuki ke dalam layar dan turun berjalan bersama watak Papa Zola.
01:35Simulasi air, letupan, teknik crowd dan penggunaan Dolby Atmos masih menggoncang panggung serta menaikkan adrenalin.
01:42Jangan lupa temu janji anda bersama Papa Zola mulai 11 Dezember ini.
Comments