Skip to playerSkip to main content
Jangkitan paru-paru atau pneumonia dikenal pasti antara masalah kesihatan utama dalam kalangan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci, terutama ketika cuaca panas dan keletihan meningkat menjelang kemuncak ibadah haji. #LaporanHaji2026 #KhabarHaji2026
Transcript
00:00Sementara itu, jangkitan paru-paru atau pneumonia dikenal pasti antara masalah kesihatan utama dalam kalangan Jemaah Haji Malaysia, terutama ketika
00:09cuaca panas dan keletihan meningkat menjelang kemuncak ibadah haji.
00:13Ketua Pakar Perubatan Haji Dr. Taufik Rosli berkata, kebanyakan kes pneumonia yang dilaporkan berpunca daripada penurunan sistem imun badan akibat
00:24keletihan melampau serta kegagalan menjaga keperluan asas seperti minum air dan pengambilan ubat.
00:31Menurut beliau, terdapat Jemaah yang terlalu fokus kepada ibadah sehingga mengabaikan keperluan asas harian sekaligus memberi kesan kepada tahap kesihatan
00:39mereka.
00:39Jadi ada setengah pesakit, dia buat ibadah sampai dia terlupa perkara asas. Rehat yang cukup, air atau hidrasen yang cukup
00:51dan juga ada setengahnya memang dia terlupa makan ubat.
00:58Itu adalah common scenario. Senario yang biasa, bila berlaku begini, badan keadaan jadi stres dan juga sistem imun badan akan
01:07turun.
01:07Jadi bila sistem imun badan turun ini, banyaklah penyakit-penyakit kuman-kuman ini akan datang.
01:12Dan commonly dekat sini sebab kita ada jutaan Jemaah lain daripada negara-negara lain, so banyaklah virus-virus yang jenis
01:20yang badan kita tak ada lagi antibodi.
01:23Yang itulah menyebabkan penyakit pneumonia ini sering berlaku.
01:28Menurutnya, kes-kes itu biasanya dikesan melalui dua kaedah iaitu Jemaah mendapatkan rawatan di klinik maktab atau kecemasan serta pemantauan
01:37aktif pasukan perubatan yang turun ke bilik penginapan.
01:40Beliau berkata Jemaah yang didapati tidak sesuai dirawat sebagai pesakit luar akan dirujuk ke hospital bagi rawatan lanjut melalui pasukan
01:49khas yang disediakan.
01:51Dalam usaha mengawal peningkatan kes, Dr. Taufik menegaskan bahawa penjagaan merupakan langkah paling penting dengan fokus utama kepada pengambilan air
02:00mencukupi.
02:00Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended