00:00Pasukan Perubatan Haji Malaysia akan memberikan perkhidmatan optimum sepanjang operasi masyair yang merupakan fasa paling mencabar dalam keseluruhan operasi haji.
00:11Ketua Pakar Perubatan Haji Dr. Taufik Rosli berkata, pelbagai persediaan telah diperkukuh bagi memastikan rawatan kesihatan kepada jemaah dapat dilaksanakan
00:21secara cekap dan berkesan sepanjang tempoh tersebut.
00:25Menurut beliau, tumpuan kini diberikan kepada penyelarasan menyeluruh melibatkan semua sektor perubatan termasuk farmasi, pasukan kecemasan, doktor serta paramedik.
00:36The whole program haji atau hubungan perubatan ini yang paling peaknya ataupun 50% beban kerjanya nanti akan jatuh di
00:46atas masyair.
00:47Jadi semua mesti bersedia, kita nak kurangkan, minimiskan kesilapan ataupun untuk sinkroniskan semua.
00:57Jadi apa yang kami buat sekarang ni memang kami sedang cuba sedaya upaya untuk sinkroniskan everything di pelbagai sektor termasuk
01:06sektor farmasi, sektor retrieval team, doktor dan paramedik.
01:11Supaya insyaAllah pada hari masyair nanti kita boleh bagi perkhidmatan yang optimum.
01:17Mungkin bukan perfect tapi insyaAllah kita akan bagi yang paling optimum sesuai dengan kita punya tenaga kerja yang ada.
01:23Dalam usaha mempercepatkan rawatan, Dr. Taufik berkata pendekatan klinik pakar bergerak turut diperkenalkan dengan pakar turun sendiri ke maktab untuk
01:31bertemu jemaah.
01:32Pendekatan itu membolehkan pesakit mendapatkan rawatan secara terus tanpa perlu melalui proses rujukan berperingkat selain membantu pengesanan awal pesakit berisiko
01:43tinggi.
01:44Beliau berkata langkah itu juga memudahkan proses tagging jemaah berisiko tinggi sekaligus membolehkan pemantauan lebih rapi dilakukan sepanjang operasi masyair.
01:54Terima kasih kerana menonton!
Comments