Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan resolusi mesyuarat FELDA dan FGV berhubung isu 10 ladang di Terengganu yang menerima notis larangan menceroboh akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok untuk tindakan lanjut kerajaan.
00:00Resolusi isu 10 ladang milik Felda dan FGV Holdings Berhad FGV di Terengganu yang dikenakan notis larangan menceroboh akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
00:11Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat lembaga pengarah Felda dan FGV sedang membincangkan saranan dan cadangan penyelesaian dalam mesyuarat hari ini.
00:20Menurut Ahmad Zahid, hasil mesyuarat berkenaan akan dibawa ke Kabinet esok bagi membolehkan langkah tindakan segera diambil kerajaan.
00:30Apabila ditanya mengenai keperluan pasukan khas untuk meneliti isu itu, Ahmad Zahid menegaskan tiada keperluan berbuat demikian kerana perkara seumpama itu lazimnya diselesaikan melalui Majlis Tanah Negara bersama Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.
00:46Katanya perbincangan boleh dilaksanakan walaupun negeri terlibat tidak sealiran dengan Putrajaya dan penyelesaian tidak semestinya melalui tindakan undang-undang.
00:56Mengenai pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahmad Zahid berkata tarikh pertemuan masih belum ditetapkan namun akan diadakan secepat mungkin.
01:07Kerajaan Terengganu sebelum ini mengeluarkan notis larangan menceroboh melibatkan 10 ladang seluas 15,000 hektare atas dawaan tiada pembayaran premium, cukai mahupun perkongsian keuntungan dibuat selama lebih 40 tahun.
01:22Pada 2 Disember, Felda dan FGV memaklumkan proses semakan menyeluruh sedang dijalankan meliputi sejarah ladang, rekod bayaran premium, status hak milik dan syarat pembangunan susulan notis amaran yang dikeluarkan antara 30 November hingga 2 Disember di Besut, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu, Marang dan Kemaman.
Be the first to comment