Skip to playerSkip to main content
  • 4 days ago
Kerajaan terus memperkukuh pengangkutan awam di Johor Bahru menerusi peluasan liputan dan peningkatan laluan di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST), bagi memastikan rakyat menikmati perkhidmatan bas lebih cekap dan menyeluruh.
Transcript
00:00Kerajaan terus memperkukuhkan pengangkutan awam di Johor Bahru menerusi peluasan liputan dan peningkatan laluan di bawah program transformasi perkhidmatan bas berhenti-henti.
00:11SPST bagi masyarakat menikmati perkhidmatan bas lebih cekap dan menyeluruh.
00:16Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibullah berkata, kontrak baru perkhidmatan SPST Johor Bahru, bas.my, disambung mulai 31 Mac 2025 hingga 30 Mac 2027
00:28dengan penambahbaikan berasaskan keperluan pengguna serta data operasi semasa.
00:35Peluasan liputan SPST Johor Bahru yang dilaksanakan bermula 30 September lalu juga meningkatkan laluan daripada 18 kepada 21.
00:43Selain itu, bilangan bas juga ditambah kepada 162 unit berbanding 128 unit sebelum ini sebagai persediaan awal menjelang operasi RTS Link Johor Bahru Woodlands pada 2027.
00:56Bagi memastikan perkhidmatan SPST Johor Bahru terus menjadi mod pengangkutan awam pilihan rakyat,
01:04lengkaian SPST Johor Bahru senantiasa ditambah baik.
01:08Berdasarkan maklum balas ataupun permintaan pengguna serta data operasi dan penumpang yang direkodkan,
01:16penambahbaikan akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan melibatkan aspek kekerapan jumlah trip, jarak dan liputan laluan.
01:26Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PH Keluang, Wong Shiu Si,
01:31berkenaan perata penumpang bulanan perkhidmatan bas SPST Johor Bahru bagi tahun 2022, 2023, 2024, 2025,
01:41serta sama ada perkhidmatan itu wajar diperluaskan atau dikurangkan berdasarkan perubahan jumlah penumpang.
01:48Sejak SPST diperkenalkan pada 31 Mac 2022,
01:53purata trip penumpang bulanan terus meningkat ketara daripada 335,347 pada 2022
02:00kepada 942,785 setakat Ogos 2025 membuktikan penerimaan tinggi terhadap perkhidmatan tersebut.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended