Skip to playerSkip to main content
  • 4 days ago
Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (HOKU) Peringkat Kebangsaan 2025 mengangkat tema ‘Masyarakat Inklusif OKU, Kunci Kemajuan Sosial’ dan berlangsung penuh makna apabila masyarakat pelbagai latar berkumpul bagi meraikan keunikan, kekuatan dan sumbangan komuniti OKU.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Masyarakat inklusif OKU, kunci kemajuan sosial.
00:04Di sebalik setiap senyuman dan langkah warga Orang Kurang Upaya atau OKU,
00:09tersimpan kisah ketabahan yang mengingatkan kita bahawa kemajuan sebuah negara
00:13bermula dengan penerimaan dan peluang yang adil untuk semua.
00:17Semangat itulah yang mewarnai sambutan Hari Orang Kurang Upaya atau HOKU
00:22Peringkat Kebangsaan 2025 apabila masyarakat berbagai latar berkumpul
00:27untuk meraihkan keunikan, kekuatan dan sumbangan komuniti OKU.
00:34Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Syukri berkata
00:39kemajuan sesebuah negara bukan hanya diukur melalui ekonomi atau infrastruktur
00:44tetapi sejauh mana seseorang itu menghormati, menerima dan memberi peluang saksama
00:50kepada semua pihak termasuk golongan OKU.
00:53Setiap golongan OKU memiliki kisah mereka sendiri
00:57yang mampu memberi motivasi kepada kita semua.
01:01Kerajaan sentiasa komitmen memastikan
01:04setiap OKU mendapat peluang yang menyeluruh melalui pendidikan ikusi.
01:12Pembangunan kemahiran, peluang pekerjaan,
01:16kemudahan awam yang bersihkan, kehidupan komuniti yang menyokong
01:22setelah perlindungan undang-undang yang jelas.
01:26Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup sambutan
01:29Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan 2025
01:33yang disambut setiap 3 Disember
01:35di Pekarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya pada Rabu.
01:39Menurut Nancy, membangun masyarakat inklusif bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata
01:45tetapi harus dipikul semua pihak untuk memastikan
01:48tiada golongan OKU yang ketinggalan.
01:51Kerajaan komitmen menyediakan sokongan menyeluruh kepada komuniti OKU
01:55merangkumi pendidikan inklusif, pembangunan kemahiran dan pekerjaan,
02:00kemudahan awam mesra OKU, program sosial serta pelindungan undang-undang.
02:05Sementara itu, penerima anugerah khas OKU kategori Ibu Bapa Mitali
02:10menyifatkan kemenangan ini sebagai simbol kebersamaan dalam memupuk semangat Ibu Bapa
02:15yang menghadapi situasi sama serta buat golongan semua OKU di luar sana.
02:20Saya rasa kemenangan ini bukan kemenangan saya
02:24tapi kemenangan komuniti OKU dalam negara.
02:29Kita perlu menyantuni dan kebersamaan kita dalam komuniti OKU
02:34adalah penting bagi kita memberi ruang dan peluang kepada komuniti OKU.
02:42Itu yang pandai-pandai saya.
02:43Majlis itu turut diserikan dengan penyampaian anugerah khas OKU
02:47meliputi kategori akademik, sukan, usahawan dan pertubuhan pemulihan
02:52dalam komuniti PDK Cermelang.
02:54Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended