Amerika Syarikat bersama 90 negara mendesak Rusia memulangkan kanak-kanak Ukraine yang dipindahkan secara paksa, dalam resolusi PBB yang mencetuskan ketegangan baharu.
00:00Dan Amerika Syarikat bersama 90 negara lain mendesak Rusia segera menghantar semula kanak-kanak Ukraine yang didakwa dipindahkan secara paksa dalam resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada Rabu.
00:13Resolusi yang dirangka Ukraine, Kanada dan Kesatuan Eropah itu mendapat sokongan majoriti walaupun Rusia dan 11 negara lain menentang manakala 57 negara berkecuali.
00:24Langkah itu dibuat sehari selepas utusan khas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump iaitu Steve Witkoff bersama Jared Kushner bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin di Kremlin untuk membincangkan usaha menamatkan konflik.
00:37Rusia menyifatkan resolusi itu sebagai sokongan kepada pembohongan dan konfrontasi sambil menegaskan setiap undi menentang adalah undi untuk keamanan.
00:46Ukraine mendakwa puluhan ribu kanak-kanak dilarikan ke Rusia sejak pencerobohan pada 2022.
00:51Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebelum ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Putin atas tuduhan jenayah perang berkaitan pemindahan kanak-kanak.
Be the first to comment