00:00Sementara itu, Dato' Sri Alexander Nantalinggi merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri atas mandat menjalankan tugas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kuskop berkuatkuasa Selasa.
00:14Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata keutamaan kini adalah untuk membentuk kerjasama erat dengan semua agensi, rakan industri dan pemegang taruh.
00:22Menerusi satu kenyataan pada Selasa, beliau menekankan komitmen bagi memastikan kesenambungan operasi serta kelancaran fungsi Kuskop.
00:34Dalam pada itu, beliau turut menghargai segala sumbangan bekas Menteri Kuskop, Dato' Iwan Benedict.
00:41Tegasnya, dasar yang sedang dilaksanakan akan diteruskan demi mafaat usahawan, perusahaan kecil dan sederhana atau PKS, Koperasi serta rakyat secara keseluruhan.
00:51Beliau kini memegang dua portfolio iaitu Menteri Kerja Raya dan menjalankan tugas serta fungsi Menteri Kuskop.
Be the first to comment