Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai ‘carrier’, iaitu individu yang membawa masuk migran secara tidak sah ke negara ini, ditahan pada Isnin dalam satu operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai carrier dengan membawa masuk migran secara tidak sah ke negara ini ditahan pada Isnin dalam satu operasi khas di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIE 2.
00:13Turut ditahan seorang lelaki warga Sandkits & Nevis serta seorang wanita dipercayai rakyat China.
00:19Semakan mendapati kedua-dua warga asing itu memiliki pas lawatan sosial yang masih sah.
00:24Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata, berdasarkan modus operandi, sindiket itu membawa migran berkenaan ke kaunter tertentu yang dikenalpasti bagi melancarkan pemeriksaan imigresen.
00:36Carrier akan memberikan arahan kepada migran tersebut untuk menggunakan laluan yang ditetapkan lebih awal, termasuk lakaran kedudukan kaunter atau visual panduan bagi memastikan mereka tidak tersasar.
00:48Menurut beliau, pegawai yang bertugas di kaunter pemeriksaan turut disyaki memiliki pengetahuan awal mengenai kemasukan migran melalui maklumat dihantar menerusi aplikasi WhatsApp, termasuk gambar pakaian yang digayakan migran bertujuan memudahkan proses pengecaman dan pelepasan mereka.
01:05Sementara itu, carrier akan memerhati dari jauh pergerakan migran sehingga melepasi kaunter pemeriksaan sebelum dia bergerak ke kaunter lain setelah migran berjaya dilepaskan.
01:14Setelah selesai melalui prosedur, carrier dan migran kemudian akan bertemu semula di pintu balai ketibaan sebelum beredar bersama meninggalkan kawasan KLIA-2.
01:25Sepanjang berada di dalam kawasan lapangan terbang, carrier hanya menggunakan isyarat tangan sebagai bentuk komunikasi ringkas dengan migran bagi mengelakkan perhatian pihak berkuasa.
01:36Berdasarkan hasil siasatan, Jabatan Imigresen percaya kegiatan ini beroperasi sejak 3 bulan lalu.
01:41Jabatan Imigresen juga merampas masing-masing satu pasport Cina, Send Kids and Nevis dan Malaysia, Cap Keselamatan Imigresen, Telefon Pintar dan Wang Tunai lebih RM23,000.
01:53Kesemua mereka yang ditahan berusia 25 hingga 34 tahun.
01:56Terima kasih kerana menonton!
01:58Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended