Siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan tidak dapat diteruskan kerana kekurangan bukti untuk meneruskan pendakwan, iaitu tiada sesiapa mengaku sebagai mangsa.
00:00Kerajaan akan meneliti beberapa peruntukan undang-undang sedia ada susulan penahanan 208 individu dalam serbuan ke atas sebuah premis kesihatan yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti tidak bermoral di Caukit Jumat lepas.
00:13Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Naswitan Ismail berkata penelitian itu melibatkan peruntukan undang-undang yang berkait rapat dengan penguatkuasaan terhadap aktiviti terbabit, susulan risikan dan operasi bersepadu yang dijalankan polis diraja Malaysia PDRM bersama agensi lain sebelum ini.
00:32Beliau menjelaskan kelemahan peruntukan sedia ada menyebabkan proses reman tidak dapat dilanjutkan ke atas mereka yang terlibat.
00:38Saya telah diberi taklimat oleh Ketua Polis Wilayah Kuala Lumpur yang pertama mengesahkan intipan itu makan masa berbulan-bulan dan penguatkuasaan secara bersama dengan agensi yang lain kita buat dan jumlah tangkapan juga besar.
00:57dan berdasar kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada baik di bawah jawi ataupun di bawah kandung keseksaan.
01:06Pada akhir taklimat, Ketua Polis Kuala Lumpur bersedia untuk mengangkat cadangan.
01:16Ada keperluan untuk kita melihat semula undang-undang yang sedia ada.
01:20Sebab operasi yang skala besar sebegitu dengan kekangan masa untuk kita melengkapkan satu IP
01:29Kemudian kita nak kenalpasti seksyen mana, akta mana bagi menentukan halatuju siasatan
01:36Kalau berdasar peruntukan yang sedia ada saya boleh sebutkan bahawa ianya tidak memadai untuk kita mengambil tindakan ke atas kes yang sebegitu.
01:44Jadi akhirnya kita akan jadi serbuan, tatapan, kemudian mahkamah tak benarkan reman dilanjutkan.
01:51Tambah Saifuddin, kesemua mereka yang ditahan dan dilepaskan itu boleh dipanggil semula bagi membantu melengkapkan siasatan.
01:57Sebelum ini polis menahan 171 lelaki warga tempatan dalam serbuan aktiviti tidak bermoral
02:01menerusi Op Song Sang di Cokit pada Sabtu.
02:05Namun siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan
02:10tidak dapat diteruskan kerana kekurangan bukti untuk meneruskan pendakwaan
Be the first to comment