00:00Sekurang-kurangnya 12 maut manakala 30 lagi hilang selepas runtuhan tebing sungai menyebabkan dua bot penumpang terbalik di sungai Ukayali, Peru pada Isnin.
00:09Kejadian berlaku berhampiran pelabuhan Aiparia, sebuah lokasi terpencil yang mengambil masa lebih sehari perjalanan menaiki bot dari Pucalpa, ibu negara wilayah Ukayali.
00:21Menurut Pusat Operasi Kecemasan Pertahanan, COEN Peru, hakisan tebing yang berlaku secara tiba-tiba menyebabkan tanah runtuh ke dalam sungai.
00:30Ini sekaligus mencetuskan aliran air kuat yang mengganggu kestabilan bot.
00:34Kedua-dua bot berkenaan sedang berlabuh ketika runtuhan berlaku.
00:38COEN memaklumkan sebuah bot tidak membawa penumpang manakala sebuah lagi membawa kira-kira 50 orang.
00:44Pasukan penyelamat sahkan tiga kanak-kanak antara mangsa yang maut.
00:48Operasi mencari sedang dijalankan dengan bantuan tentera laut Peru bagi mengesan mangsa hilang.
Be the first to comment