Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Dalam perutusan yang dikeluarkan oleh Istana Diraja UK, baginda bertitah bahawa baginda dan Permaisuri Camilla prihatin terhadap semua yang terjejas, sambil memohon agar setiap komuniti yang ditimpa musibah di India, Malaysia, Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan Vietnam dikurniakan kekuatan dan ketabahan.
Transcript
00:00Raja Charles III dan Permaisuri Kamilah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban
00:06susulan bencana ribut yang melanda Asia Selatan dan Asia Tenggara.
00:11Dalam perutusan dikeluarkan istana di Raja United Kingdom,
00:14Baginda dan Permaisuri Kamilah menzahirkan keprihatinan terhadap semua yang terjejas sambil memohon
00:20agar setiap komuniti yang ditimpa musibah di India, Malaysia, Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan Vietnam
00:27dikurniakan kekuatan dan ketabahan.
00:30Perutusan itu menyebut doa dan ingatan Baginda bersama mereka yang kehilangan tempat tinggal
00:35serta semua yang sedang menanti khabar mengenai orang yang tersayang yang berhasil belum ditemukan.
00:40Baginda hanya dapat membayangkan besarnya kemusnahan dan kesedihan yang ditanggung mereka yang kehidupannya terjejas.
00:47Baginda turut menegaskan siri bencana ini mengingatkan dunia tentang keperluan mendesak
00:51memulihkan keseimbangan dan keharmonian alam.
00:54Dalam perutusan sama, Raja Charles suruh merakamkan penghargaan kepada anggota penyelamat
00:58serta semua yang menyalurkan bantuan di lapangan.
01:02Menurut laporan media antarabangsa, lebih seribu orang terkorban
01:04akibat banjir dan tanah runtuh di Indonesia, Sri Lanka, Thailand dan Malaysia.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended