Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat.
Transcript
00:00Penemuan baharu hasil siasatan polis tidak selari dapatan awal laporan perubatan kes kematian pelatih pasukan latihan pegawai simpanan Palapas Universiti Teknologi Malaysia UTM Skudai Syamsul Haris Syamsuddin.
00:12Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara AGC dalam tempoh terdekat.
00:21Saya telah diberi tatlimat oleh Datuk Pengarah CID tadi, Datuk AGP juga telah beri tatlimat.
00:32Yang saya boleh sebut adalah pihak polis akan melengkapkan IP mereka dalam masa terdekat bersama dengan syur kepada AGC tentang hal tuju siasatan.
00:48Apakah ada perbedaan dengan hasil siasatan awal? Jawapannya ada.
00:54Bermaksud ada atau tidak perbedaan dengan laporan perubatan awal yang menjadi asas kepada punca kematian dengan finding baru siasatan oleh polis. Ada perbedaan itu.
01:06Yang itu biar pihak polis selesaikan dengan menyerahkan IP lengkap itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk menentukan tindakan selanjutnya.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended