Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan kesediaannya untuk menyokong pentadbiran kerajaan dalam apa jua bentuk peranan sementara menantikan pengumuman rasmi mengenai kedudukan beliau selepas ini.
00:00Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kesediaannya untuk terus berkhidmat.
00:09Menurut Zafrul, walaupun tempoh jawatannya sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berakhir pada Selasa, susulan tamat tempoh sebagai sineta.
00:17Beliau menegaskan kesediaannya untuk menyokong pentadbiran kerajaan dalam apa jua bentuk peranan sementara menantikan pengumuman rasmi mengenai kerudukan beliau selepas ini.
00:26Tengku Zafrul berkata perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat kabinet dan Perdana Menteri memaklumkan bahawa mesyuarat pada Selasa adalah yang terakhir baginya sebagai ahli kabinet.
00:37Pada Isnin, Perdana Menteri mengesahkan Tengku Zafrul akan diberikan jawatan baru dengan pengumuman rasmi dijangka dibuat rabu.
00:45Jurucakap Kerajaan Madani Datuk Fahmi Fadil sebelum ini berkata, Tengku Zafrul dijangka terus berkhidmat dengan kerajaan dalam kapasiti lain.
00:52Tengku Zafrul yang berkhidmat sebagai sineta sejak 2020 dan menamatkan enam tahun perkhidmatannya juga menyatakan komitmen untuk memainkan peranan lebih aktif dalam sukan badminton termasuk sukan C 2025 di Thailand bulan ini.
01:06Beliau menambah akan menyertai perjalanan pemain negara ke sukan C bagi memberi sokongan dan memastikan beberapa pemain dijangka mara ke final yang berlangsung pada 14 Disember.
Be the first to comment