Menurut Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB) pasukan kecemasan daripada kerajaan pusat, tentera dan agensi bencana tpempatan telah dikerahkan ke seluruh kawasan terjejas, tetapi akses masih menjadi cabaran utama.
00:00Agensi Bencana Indonesia melaporkan peningkatan ketara angka korban susulan banjir besar dan tanah runtuh di Sumatera dengan sekurang-kurangnya 604 kematian direkodkan setakat ini.
00:11Hujan lebat yang melanda sebahagian besar Sumatera minggu lalu menyebabkan air sungai melimpah, mencetuskan tanah runtuh dan menenggelamkan seluruh daerah.
00:20Badan Nasional Pengurusan Bencana BNPB memaklumkan 464 orang masih hilang manakala 2,600 lagi cedera.
00:32Lebih 1.5 juta penduduk terjejas dan sekitar 570,000 orang terpaksa meninggalkan rumah.
00:38Kebanyakan mereka juga berlindung di bangunan awam yang sesak dengan akses terhad kepada air bersih dan bekalan elektrik.
00:44Kemusnahan terburuk dilaporkan di Sumatera Utara yang merekodkan sekurang-kurangnya 283 kematian.
00:51Di Sumatera Barat, pihak berkuasa mengesahkan 165 kematian manakala 156 orang terkorban di Aceh.
00:59BNPB berkata pentadbiran daerah berdepan kesukaran memulihkan rangkaian komunikasi dan menghubungi komuniti yang terputus hubungan akibat jambatan runtuh, jalan rosak dan talian elektrik terputus.
01:10Ia sekaligus menjejaskan operasi pasukan kecemasan daripada kerajaan pusat, tentera dan agensi bencana tempatan yang dikerahkan.
Be the first to comment