Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, mengumumkan kelulusan itu selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Transcript
00:00Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang RUU Perbekalan Belanjawan 2026
00:06selepas dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober lepas
00:11yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengumumkan
00:15kelulusan itu selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Keuangan 2 Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
00:21Belanjawan 2026 merupakan Belanjawan keempat di bawah Kerajaan Madani
00:25dan yang pertama dilaksanakan di bawah kerangka Rancangan Malaysia ke-13.
00:30bertemakan Belanjawan Rakyat ia memperuntukkan perbelanjaan awam sebanyak RM470 bilion
00:36termasuk RM338.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
00:45Ia turut merangkumi pelaburan syarikat berkaitan kerajaan RM30 bilion, kerjasama awam swasta RM10 bilion
00:52serta badan berkanun persekutuan dan syarikat Menteri Keuangan diperbadankan RM10.8 bilion.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended