Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare (ORD) di barat laut Chicago, Illinois, menghadapi gangguan paling ketara, dengan 121 penerbangan telah dibatalkan, menurut perkhidmatan itu.
Transcript
00:00Lebih 8,500 penerbangan mengalami kelewatan dan ratusan lagi dibatalkan akibat ribut salji yang menjejaskan Colorado dan Barat Laut Amerika Syarikat menurut data FlightAware.
00:12Menurut media tempatan, amaran ribut salji telah dikeluarkan bagi Barat Laut Negara itu pada Sabtu.
00:18Susulan itu, lebih 1,400 penerbangan domestik dan antarbangsa di seluruh negara dibatalkan.
00:24Berdasarkan data masa nyata, jumlah keseluruhan penerbangan yang mengalami kelewatan di dalam memasuki dan meninggalkan negara itu pada Isnin mencecah 8,558.
00:37Manakala 686 penerbangan dibatalkan di Amerika Syarikat daripada 1,072 pembatalan di seluruh dunia.
00:44Lapangan terbang antarbangsa O'Hare di Barat Laut Chicago, Illinois menghadapi gangguan paling tetara dengan 121 penerbangan telah dibatalkan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended