Polis menahan 112 individu, terdiri daripada 105 migran tanpa dokumen sah serta tujuh individu yang bertindak sebagai tekong darat, tekong laut dan penjaga premis dalam tiga operasi berasingan awal pagi Isnin di Sekinchan dan Sabak Bernam, Selangor.
00:00Polis menahan 105 individu termasuk migren tanpa dokumen sah serta 8 individu yang bertindak sebagai tekong dan penjaga premis dalam 3 operasi berasingan awal pagi Isnin di Sekinchan dan Sabak Bernam, Selangor.
00:13Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kaha memberitahu, dalam operasi pertama di sebuah kediaman di jalan JPT Sekinchan, polis menahan 4 rakyat asing termasuk seorang wanita dipercayai penjaga premis itu.
00:25Turut ditahan 36 migren tanpa dokumen sah iaitu 14 lelaki dan 22 wanita berusia 21 hingga 56 tahun.
00:38Sementara dalam operasi kedua sekitar pukul 2.15 pagi di JT Sekinchan, seorang remaja warga asing berusia 19 tahun yang bertindak sebagai pemandu dan tekong darat ditahan bersama 5 lelaki migren tanpa dokumen sah.
00:51Dalam operasi ketiga di perairan Sabak Bernam pula, Polis Merin dan Task Force Majlis Anti Pemberdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migren memintas sebuah bot kayu jenis pom-pom tanpa nombor pendaftaran.
01:04Pemeriksaan ke atas bot itu membawa kepada penahanan seorang tekong warga asing berusia 43 tahun dan dua pembantunya yang juga warga asing.
01:14Turut ditahan 56 migren tanpa dokumen sah termasuk 8 wanita.
01:19Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemberdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migren 2007 dan Seksyen 6-1-C Akta Imigresen 1959, Palang 63.
01:3413 unit telefon pintar dan wang tunai RM157 turut dirampas dalam serbuan itu.
Be the first to comment