Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditemukan mati dengan kesan kecederaan di kepala dan tangan di Kampung Pandan, dipercayai dibelasah sekumpulan warga asing.
Transcript
00:00Seorang lelaki India warga tempatan ditemukan mati dengan kesan kecederaan di kepala dan tangan di kampung Pandan, Kuala Lumpur, dipercayai di belasah sekumpulan warga asing.
00:11Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisnya Muhammad Lazim Ismail berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 12 minit tengah malam Ahad.
00:23Ketika polis tiba, mangsa yang berusia 22 tahun itu dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.
00:30Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 2.33 pagi di Hospital Chancellor Tuanku Muhris UKM HCTM Ceras ketika sedang menerima rawatan.
00:40Susulan itu polis menahan dua warga Myanmar untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh.
00:48Mereka direman tiga hari bermula Ahad lalu. Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.
00:54Sebelum inilah satu video berdurasi 1 minit 48 saat yang memaparkan pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di Kampung Pandan sebelum mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
01:06Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended