Kenyataan itu dibuat Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus dalam satu kenyataan hari ini susulan beberapa dakwaan tular menerusi media sosial, yang menurut Khairul Shahril memberikan gambaran kurang tepat terhadap perjalanan PRN Sabah ke-17.
00:00Segala urusan pengundian, pengiraan, penyumlahan dan pengisytiharan keputusan pilihan raya negeri Sabah ke-17 dilaksanakan dengan penuh integriti dan telus.
00:12Setiusaha Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Datuk Khairul Syahril Idrus dalam kenyataan berkata,
00:18proses berkenaan turut dipantau semua parti politik, kumpulan pemerhati dan individu yang mengambil bahagian dan dilantik dalam PRN itu.
00:25Kenyataan itu dibuat susulan beberapa dakwaan tular menerusi media sosial yang menurut Khairul Syahril memberikan gambaran kurang tepat terhadap perjalanan PRN Sabah.
00:37Khairul Syahril berkata sebarang pertikaian berkaitan proses atau keputusan pilihan raya perlu dikemukakan melalui petisyen pilihan raya dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan itu diwartakan kelak.
00:49Beliau pada masa sama berkata SPR merakamkan penghargaan kepada seluruh pengundi di Sabah yang menunaikan tanggungjawab mereka pada 29 November lalu
00:59sehingga semua keputusan dapat diisytiharkan secara rasmi oleh pegawai pengurus pilihan raya.
Be the first to comment